Aliff Syukri Lelong Kereta Mewah Dengan Harga RM135,000

Zulaikha Yusof
Oktober 28, 2020 13:36 MYT
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan ingin menjual salah sebuah kereta mewahnya yang berjenama Mercedes-Benz SLK.
Menurut Aliff, kereta tersebut jarang digunakan. Oleh sebab itu dia membuat keputusan untuk tidak menyimpannya lagi.
"Patut tak saya jual kereta ini Mercedes-Benz Sports baru pakai 10 kali? Milleagenya hanya 20,000-30,000km sahaja.
"Saya nak jual kereta ni sebab saya jarang guna. Jadi saya nak jual murah-murah ja, waktu beli tu memang mahal sangat," tulisnya.
Aliff turut memuat naik sebuah rakaman video menunjukkan keadaan keretanya itu.
Tambah pelantun lagu Bobo Di Mana ini, kereta mewah itu sangat dijaga rapi malah tidak pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
"Kereta tak pernah kemalangan, malah saya simpan dalam rumah tertutup, enjin 1.8 turbo, minyak murah, roadtax murah.
"Sekarang nak jual lelongan ja, hanya RM135,000 net. Nombor plate saya akan ambik balik. Siapa cepat dia dapat," tulisnya lagi.
#Kereta Mewah #Aliff Syukri #Jual