Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Aliff Syukri Nak Saman Artis Dakwa Dia 'Memondan' Sebanyak RM1 Juta?

Amri Hassan
30/04/2022 03:50 MYT
Usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri menegaskan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang juga seorang artis yang menuduh dirinya 'memondan' dalam muzik video Kelepak Kelepuk Raya.

Kata Aliff, tindakan individu berkenaan dianggap keterlaluan dan telah mencalar maruahnya.

"Dia tak patut kata macam tu. Tak kisah kalau dia nak kutuk suara saya, sebab sebelum ini pun ramai juga artis yang mengata saya.

"Tapi saya okay dan tak kisah sebab tak membabitkan perkara sensitif. Namun, apabila dia menyentuh perkara lain dan petik nama, ia satu fitnah.

"Jadi, saya sudah serahkan perkara ini pada peguam. Saya nak saman dia RM1 juta. Biar pihak berwajib buat kerja," katanya seperti laporan Harian Metro.

Tegasnya, dalam muzik video berkenaan dia masih menghormati tatacara pemakaian dan tidak wajar untuk sengaja memalukannya.

"Saya pakai baju Melayu dalam video muzik itu. Saya bukan berpakaian wanita. Jadi, sangat tak wajar dia cakap macam tu.

"Saya jenis tak suka cari gaduh dengan orang. Saya pun tak pernah kenal dia siapa," tambahnya.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Aliff meminta individu berkenaan memadamkan hantaran di media sosial dalam tempoh 24 jam sebelum tindakan undang-undang diambil.



Malah, Aliff meminta agar individu berkenaan membuat permohonan maaf terbuka dalam bentuk video.

#Viral #saman #Aliff Syukri #Lagu raya #Maruah #Memondan
;