HIBURAN

Aliff Syukri Nasihat, Pasangan Berkahwin Jangan Terlalu Tayang Bahagia Di Media Sosial - “Tak Ada Dalam kehidupan Ni Sweet, Itu Semua Propa”

Mya Amri 14/03/2025 | 02:55 MYT
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri menasihatkan pasangan berkahwin supaya kurangkan kongsi momen romantis di media sosial.

Jangan kerap tayang bahagia di media sosial

Kerana menurut Aliff, apa yang dipaparkan di media sosial itu belum tentu sama dengan yang dilalui di dunia sebenar.
Kalau kahwin sampai 50 tahun pun, belum tentu ada yang saling melengkapi kerana dalam perkahwinan tiada yang sempurna. Tetapi kena sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik.
undefined
Dalam pada itu, Aliff menegaskan dia tidak mengutuk mana-mana pihak namun apa yang diperkatakan itu adalah realiti sebuah kehidupan zaman kini.
“Saya ini bukan nak mengutuk orang tetapi itu apa yang saya nampak. Kadang pasangan yang jalan pegang pegang tangan, yang sweet di media sosial ni saya kadang cemburu tengok.

“Hujung-hujung dia yang cerai dulu. Ada tu tak kahwin tak sampai setahun, waktu bercinta bukan main romantik.

“Kadang kadang kita tengok pasangan itu paling kuat bergaduh, hujung-hujung kahwin dah 30 tahun.
“Jadi pada pandangan saya dont judge a book by its cover,” ujarnya.
Sekadar info, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
#Media Sosial #Aliff Syukri #Nasihat