UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Gaya Hidup

Aliff Syukri Rugi RM300,000 Ikan Kelah Mati, Ini Nasihat Vida Cara-Cara Menjaga Ternakan Itu

Amri Hassan 15/08/2019 | 06:39 MYT
Dua hari lalu usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan apabila lebih 500 ekor ikan kelah yang diternaknya mati.

. . hari abg sedih sgt ikan kelah abg bernilai lebih rm300k mati dia hharkan lebih 500 ekor mati??? full vedio ada di youtube abg tv terlajak laris.. abg baru posting ..abg x sanggup posting di ig dan fb abg teramat sedih.. . Kepada korang yang ingin menonton .. kehidupan Abang satu family.. jangan lupa saya subcride YouTube ang tvTelajak laris abang selalu upload video yang terbaru dan lebih panjang dan menyeronokkan dan kepada anda yang saya skrap YouTube tv Telajak laris anda bakal mendapat hadiah berupa iPhone dah Subcride ke belum?? . . . #Ohabangkosmetik #AsLegacy #TerlajakLaris #todaysoutfit #OOTD #dailylook #menswear #mensweardaily #menstyle #streetstyleguys #stylish #inspofashion #manfashion #instadaily #instagoods #picoftheday #photooftheday #vintage #fashiondiaries #casualoutfit #streetfashion #summer #trendy #Ohabangkosmetik #AsLegacy #TerlajakLaris #todaysoutfit #dailylook #menswear #mensweardaily #menstyle #stylish #manfashion #instadaily #instagoods #picoftheday #photooftheday #vintage #fashiondiaries #stretfashion #summer #trendy #ggrmachine #teamaraipaima #asproject

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Aliff turut mendedahkan dia mengalami kerugian lebih RM300,000 susulan kejadian yang berlaku di kediaman mewahnya itu.
Insiden yang berlaku kepada Aliff itu menarik perhatian pengasas produk kosmetik Qu Puteh, Datuk Seri Vida untuk berkongsi tips penjagaan ikan kelah di kolam rumahnya sendiri.
Kata Vida, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam usaha untuk menjaga dan menternak ikan air tawar itu.
"Kolam mestilah dalam sekurang-kurangnya enam kaki, pengaliran air seperti air terjun perlu cantik dan tinggi.
"Jangan campurkan pelbagai jenis ikan! Kalau nak beli ikan baru kena kuarantin terlebih dahulu selama tiga hingga empat hari dalam satu tong.
"Selepas keluar semua toksik baru masukkan sekali dalam satu kolam.
"Seperkara lagi, kalau nak ikan segar jangan letakkan terlalu banyak dalam satu kolam dan pastikan penapis air bersaiz besar dan bersihkan seminggu sekali," kata Vida.

Nak pelihara ikan mmg budget kena besar. Terutama nak buat kolam.ikan.. Kena dalam..filter kena bagus.. Ikan jgn letak banyak sangat.. Jangan campur segala ikan dalan 1 kolam.. Habitat ikan lain lain air & kolam.. . Saya kesian ?? @aliffsyukriterlajaklaris nya ikan byk mati.. Ye la Tok duit byk.. Main campak je ikan tu.. Yg jaga pula JAHIL.SAL SENSITIVITI PENJAGAAAN IKAN.. . IKAN HARI TU BUAT APA TOK.. GULAI KE? . SAPER LAGI ADA KOLAM IKAN? SUKA PELIHARA IKAN? . .

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Penternakan ikan kelah menjadi sumber pendapatan yang menguntungkan memandangkan harga seekor ikan liar sungai itu boleh mencecah RM1,400.
#Datuk Seri Vida #Datuk Seri Vida #Datuk Seri Aliff Syukri #Ikan Kelah
;