gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Siti Nurhaliza Bakal Lancarkan Album Tradisional Hujung Tahun Ini - "Selepas Konsert Saya Akan..."
HIBURAN
DSV ‘Kenenkan’ Cik B Dengan Anak Aliff Syukri, Ini Respon Tuan Badan - “Astaghfirullahalazim, Selamatkan Aku!”
HIBURAN
"Lima Tahun Ni Saya Tempuh Macam-Macam, Baru Lalui Fasa Patah Hati Teruk!" - Aisha Retno
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ASTRO GEMPAK ARTICLE

Aliff Syukri Sedih Tak Ada Pembeli Nak Beli Rumah Harga RM6 Juta, Terpaksa Tukar Plan Untuk Disewa

Zulaikha Yusof
Zulaikha Yusof
05/03/2021
04:17 MYT
Sponsor Banner
Aliff Syukri Sedih Tak Ada Pembeli Nak Beli Rumah Harga RM6 Juta, Terpaksa Tukar Plan Untuk Disewa
Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, 34, terpaksa membatalkan hasratnya untuk menjual kediaman mewah miliknya yang terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.
Menurut Aliff, keputusan itu berubah disebabkan dia tidak mendapat sambutan daripada pembeli kerana rata-ratanya tidak berkemampuan untuk membeli rumah yang berharga RM6 juta itu.
"Kesian saya tunggu pembeli-pembeli tak kunjung tiba. Sedih sangat saya sebabnya nak jual rumah apartment saya di Pavillion Bukit Bintang ni.
"Akan tetapi sebab musim PKP tak ada orang yang mampu membeli rumah ni. Padahal saya dah jual murah daripada nilai pasaran hanya RM6 juta berkelengkapan penuh (fully furnished)," tulisnya.
Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, Aliff memuat naik beberapa keping foto menunjukkan ruang yang ada di dalam kediaman berkeluasan 3 ribu kaki persegi itu.
Susulan itu, pelantun lagu Abang Nak Tegur akan menyewakan rumah tersebut dengan harga sewa yang diberi diskaun.
"Disebabkan pembeli tak ada, saya rasa nak sewa sahaja rumah ini pada harga murah-murah. Kepada anda yang nak, sewa bulanan saya bagi diskaun harga sebenar sebulan hanya RM 28,000. Sebab musim Covid saya bagi 45% -50% diskaun.
"Rumah ni betul-betul bawah Pavilion jadi kalau nak shopping beli beg Gucci, LV ka Prada ka turun ja bawah lift dah sampai.
"Memang senang dan yang paling seronok pasal rumah ini adalah dia tidak pernah sunyi 24 jam. Nak makan boleh terus makan dekat food court Pavilion, nak tengok wayang turun bawah saja," tulisnya lagi.
BACA: Miliki Rumah RM6 Juta Atas Pavilion, Aliff Syukri Beli Guna Duit KWSP
Topic Berkaitan
#Aliff Syukri
#Rumah Mewah
#Pavilion
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement