Aliff Syukri Tak Mengaku Bersalah Buat Video Sumbang!
Gempak
13/10/2022 05:25 MYT
13/10/2022 05:25 MYT
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sepang, atas empat pertuduhan kerana memuat naik kandungan bersifat sumbang pada April lalu.
Aliff Syukri membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Ahmad Rizki kemudian menetapkan wang jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan selain menetapkan 25 November ini untuk sebutan semula kes.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh melalui hantaran di Instagram menggunakan akaun ‘aliffsyukriterlajaklaris’ didakwa secara sedar memuat naik empat video pendek menerusi lagu ‘Klepok Raya’ yang mengandungi kandungan sumbang.
Aliff Syukri didapati memuat naik empat video pendek berkenaan masing-masing pada 13, 15, 17 dan 21 April lalu.
Oleh itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) Akta 588 dan boleh dituduh mengikut Seksyen 233 AKM di bawah akta yang sama.
Seksyen 233 menetapkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya atau boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Fazril Sani Mohamed Fadzil.
Terdahulu, Fazril Sani memohon mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan yang membawa keseluruhan RM20,000.
Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Hasshahari Johari Mawi memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan sebanyak RM1,500 bagi semua empat pertuduhan dengan alasan perlu menanggung isteri dan lima anak.
Hasshahari juga menjelaskan anak guamnya sentiasa memberi kerjasama, tidak melawan dan ingkar terhadap pendakwa raya dan pegawai penyiasat sebelum ini.
Malah, katanya, tertuduh juga hadir sendiri ke mahkamah hari ini untuk membantu siasatan tanpa paksaan sesiapa.
Sementara itu, seorang lagi peguam bela, Awang Amardajaya Awang Mahmud berkata, wang jaminan bukan sesuatu hukuman dan matlamat untuk pastikan tertuduh hadir ke mahkamah bagi tujuan perbicaraan.
Sebelum itu, ketika pendakwaan berlangsung, pegawai Aliff Syukri ditegur oleh polis mahkamah kerana didapati merakam menggunakan telefon pintar sebelum gajet itu dirampas.
Perbuatan tersebut dianggap menghina mahkamah dan hakim kemudian memberi amaran atas perbuatan itu dan individu berkenaan sudah pun memohon maaf.
Sumber: Kosmo!