Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, 34, antara golongan selebriti yang memberi sokongan kepada saudara Islam di Palestin yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis Israel.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Aliff memuat naik sebuah video dengan memakai jubah dan serban sambil berjoget mengikut lagu irama Arab.

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)


Rakaman tersebut memaparkan gelagat dan riak wajah Aliff​ yang tidak berpuas hati dengan tindakan tidak berperikemanusiaan Israel.

Bagaimanapun, ada segelintir pengikut Aliff lebih tertarik dengan bendera yang digunakan.

Menurut mereka, pelantun lagu Bobo Di Mana telah tersilap langkah apabila menggunakan bendera negara Sudan bukan negara Palestin.

"@khybad_: Datuk itu bendera Sudan.

"@babyapples_: Itu bendera Sudan.

"@the_luthssss: Semangatnya Datuk tapi bendera pula salah. Hadoi.

"@mikellperfume: Datuk tak perasan tu..tapi saya bangga dengan semangat Datuk. Datuk memang penghibur nombor satu negara.

"@eynaaa.anuar: Salah bendera tu Datuk.

Terdahulu, ketegangan antara Palestin dan Israel kian memuncak selepas rejim Zionis itu bertindak ganas memukul dan mengusir umat Islam yang sedang bersolat di Masjid al-Aqsa pada 8 Mei lalu.

BACA: Neelofa, PU Haris, Diana Amir Doa Untuk Palestin