Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Alkaf Zayne, Cantik Dan Unik Nama Anak Kedua Hafiz Suip

Mya Amri
05/03/2020 13:46 MYT
Penyanyi Hafiz Suip dan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah memilih nama Alkaf Zayne untuk cahaya mata kedua mereka.

Nama tersebut didedahkan menerusi ruangan info di akaun Instagram (IG) anak pertama mereka, Muhammad Riyadh Zafri.

“Riyadh Zafri, Alkaf Zayne, RZ | 31 DEC '17 | 3.18KG | 8.06AM, AZ | 1 MAR ‘20 | 3.03KG | 6.41PM #HafizEffyJR #babyRZ #babyAZ,” tulisnya.

030320 ; Welcome home, anak Bonda ❤️ #HafizEffy #HafizEffyJR #mybabyAZ #forevermine #myheartandsoul #3daysold

A post shared by Bonda Iyad. (@nureffyj) on


Menerusi foto terbaru di akaun Instagram Nureffy atau lebih mesra dengan panggilan Effy itu juga sudah mula menggunakan hashtag #mybabyAZ.

Bagaimanapun buat masa ini, Effy dan Hafiz masih belum mendedahkan wajah anak kedua mereka.

Menerusi tinjauan di laman sosial masing-masing, Hafiz dan Effy hanya mendedahkan bahagian tangan, kepala, kaki dan mulut Alkaf.

Dalam pada itu, pengikut IGnya juga meungucapkan tahniah kepada pasangan itu selain meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat wajah comel Alkaf.

“Rambut dah sama… Ni nangis mesti ikut suara bapak die, vokal terbaik tu,” komen @miszleina

“Tahniah Hafiz dan isteri, comel baby walaupun nampak kakinya,” tulis @jamalroha

Hafiz yang juga juara Akademi Fantasia musim ketujuh bernikah dengan Nureffy pada 14 Mei 2016, dan pada akhir Disember 2017 mereka menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Riyadh Zafri.
#Penyanyi #Hafiz Suip #Penyanyi