Bintang All Stars Gegar Vaganza, Datuk Aishah menafikan yang prestasi nyanyiannya semakin menurun gara-gara pembedahan bariatrik yang dilakukan sekitar lima tahun lalu.

Aishah berkata, sebagai seorang penyanyi, placement suara sentiasa bertukar dan ia tiada kena mengena dengan pembedahan yang dilakukan.

“Tiada kena mengena dengan itu (pembedahan bariatrik). Sebagai penyanyi, kita mempunyai placement suara dan placement suara ini akan sentiasa bertukar.

“Secara individu pula, kita kena sedar apa yang berlaku pada badan kita. Sebab kita nyanyi melibatkan diafragma. Dulu diafragma banyak lemak, sekarang dah kurang lemak. Benda-benda macam tu kita kena alert,” kata Aishah kepada Gempak.

Penyanyi Janji Manismu itu menambah, dia sebenarnya mempunyai lebih banyak tenaga selepas turun berat badan berbanding ketika saiz asalnya dahulu.

“Tapi sebenarnya, bila kita dah turun berat badan, kita akan rasa lebih bertenaga. Muatan dah tak macam lori berlebihan. Sebenarnya ia lebih banyak membantu,’ katanya lagi.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dan diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

BACA: GV10: Senarai Lagu Tugasan Konsert Ketiga All Stars Gegar Vaganza Bertemakan Putar Kiri Putar Kanan!​