Gegar Vaganza All Star
All Stars Gegar Vaganza Buka Tirai Ahad Ini, Hot Seat Jadi Milik Siapa?
Pastinya ramai yang menanti-nantikan rancangan realiti hiburan paling popular Gegar Vaganza dan tahun ini lengkaplah sedekad acara itu berlangsung.
All Stars Gegar Vaganza menampilkan kesemua juara daripada musim pertama hingga kesembilan dan pastinya ramai yang ternanti-nantikan siapakah lima bintang yang bakal mengisi hot seat yang diperkenalkan kali ini.
Daripada musim pertama hingga kesembilan, seramai 23 orang bintang yang tersenarai untuk diundi peminat.
Mamat Exist, Ezad Lazim, Zarul Umbrella, Liza Hanim, Hazami, Amelina, Zamani Slam, Ayu Damit, Noraniza Idris, Nikki Palikat, Suki Low, Shila Amzah dan Tomok antara bintang yang tersenarai untuk merebut hot seat terbabit.
Pada konsert pertama hari Ahad nanti, peminat bakal menyaksikan pengumuman bintang yang terpilih untuk duduk di kerusi panas itu.
Selain hot seat, ramai juga yang menanti-nantikan gerangan hos yang bakal mengemudi rancangan mega ini.
Segalanya bakal terjawab pada Ahad nanti!
All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama dua belas (12) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Must-Watch Video