Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: "Dia Sangat Sedap Menyanyi, Tapi Tantrum Tu Buat Kami ..." - Ulas Ramli MS Fasal Azharina

Mya Amri
05/12/2023
14:52 MYT
Ketua Juri All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Datuk Ramli MS sedikit terkilan dengan persembahan Azharina pada malam tersebut kerana nyanyiannya lebih baik ketika sesi latihan penuh.
Menurut Ramli, persembahan Azharina pada malam tersebut tidak sumbang namun ada perkara yang dirasakan kurang pada nyanyiannya.
“Saya rasa wasted dekat Azharina. Sangat wasted, dia tak nak rebut peluang tu.
“Saya sudah suruh dia turunkan key, saya kata kalau turunkan key kamu akan menyanyi merdu. Masa full dress sangat sedap,” katanya ketika ditemui Gempak.
Malah Ramli juga mengatakan Azharina tidak mengalami masalah teknikal ketika membuat persembahan.
“Masa konsert dia tak ada masalah teknikal tapi tantrum dalam nyanyian itu membuatkan kami tertanya apa yang dah berlaku.
“Dia sangat sedap menyanyi, dengan key itu dengan teknikal dia, saya tidak ada catit sumbang pun dekat dia.
“Tapi tantrum dia tu tidak berlagu, awak menyanyi tau bukannya tantrum. Jadi saya rasa itu wasted,” jelasnya.

PILIHAN PEMBACA: All Stars Gegar Vaganza: Angkut Semua 8 Bintang Ke Axiata Arena, Jaga-Jaga Finalis Ada Tiga...

Jangan lupa saksikan All Stars Gegar Vaganza 2023 live di YouTube Astro Gempak.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Konsert akhir All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad depan dan dibawakan secara ekslusif di Astro Ria (saluran 104).
Jangan lupa dapatkan tiket konsert akhir All Stars Gegar Vaganza di Ticket2u.com.my sekarang.

PILIHAN PEMBACA: All Stars Gegar Vaganza: “Kalau Ada Penyingkiran Memang Nana, Dia Nyanyi Agak Teruk” - Datuk Ramli MS

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Azharina Didiagnosis Hidap Kanser, Bakal Dibedah - “Kalau Sakit Tentulah Saya Akan…”

gempak
26/06/2024
08:55 MYT
Penyanyi Azharina Azhar, 39, mendedahkan dia menghidap kanser bagaimanapun masih belum dapat berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya.
Hiburan

"Badan Tak Boleh Tahan, Ada Masa Berdarah Tanpa Henti..." - Azharina Gagal Tahan Sebak, Dedah Hidap Penyakit Kencing Manis

gempak
08/06/2024
09:12 MYT
Penyanyi Azharina gagal menahan sebak ketika mendedahkan dirinya didiagnosis menghidap penyakit kencing manis.
Hiburan

Alyah, Ramli MS Ambil Anak Angkat - “Nur Izzara Hadir Dalam Hidup Kami”

gempak
04/06/2024
11:37 MYT
Penyanyi, Datin Alyah mengumumkan telah mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Izzara.
Hiburan

Azharina Beri Tips Nak Kenal Si Talam Dua Muka! - “Kalau Bagi Satu Benda, Orang Tanya Soalan…”

gempak
29/05/2024
01:54 MYT
Sebagai seorang selebriti, penyanyi dan bintang All Stars GegarVaganza, Azharina Azhar juga tidak terlepas dengan komen negatif sepanjang berkecimpung dalam industri seni.
Hiburan

Pernah Hidap Penyakit Vertigo, Raja Azmi Kongsi Nasihat Berguna Daripada Doktor - “Jangan Guna…”

gempak
10/01/2024
02:55 MYT
Boleh lah elak lepas ni