,
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza (GV10): Markah Penuh Konsert Separuh Akhir! Tomok Mendunia 80%, Namun Nana ...

Amri Hassan
03/12/2023
17:50 MYT
Tomok akhirnya berjaya buat kali pertamanya menduduki tangga pertama sepanjang 11 minggu bertanding di pentas All Stars Gegar Vaganza.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Angkut Semua 8 Bintang Ke Axiata Arena, Jaga-Jaga Finalis Ada Tiga...

Menerusi lagu Bahalol dan C.I.N.T.A (XPDC), Tomok berjaya menggungguli kesemua tujuh bintang lain dengan markah 80%.
"Sepanjang 11 minggu ini baru kali pertama dapat tempat pertama dan saya bangga dengan diri saya.
"Terima kasih kepada yang memberikan energi positif kepada saya hari ini," katanya.

PILIHAN PEMBACA: All Stars Gegar Vaganza: Seluar Skinny Harimau Tomok Jadi Perhatian Netizen, Tok Ram Kata - “Stylo...

Manakala, tempat kedua diduduki oleh Nikki Palikat menerusi persembahan luar biasanya lagu Pelesit Kota (Search) & Gemuruh (Search & Wings) dengan markah 79.50%.
Naqiu yang mempersembahkan lagu Memori Sekuntum Rindu (Spoon) & It’s My Life (Bon Jovi) berjaya memperoleh markah 72.50% di tempat ketiga.
Nasib masih menyebelahi dua bintang tercorot iaitu Azharina dan Siti Nordiana dengan markah masing-masing 65.25% dan 61.50%.
Jom semak markah penuh semua bintang di konsert semi final All Stars Gegar Vaganza 2023.
Jangan lupa saksikan All Stars Gegar Vaganza 2023 live di YouTube Astro Gempak.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Jangan lupa dapatkan tiket konsert akhir All Stars Gegar Vaganza di Ticket2u.com.my sekarang.
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah

gempak
17/10/2024
23:40 MYT
Pulang daripada mahkamah selepas sebutan kes khalwat, pelakon sensasi Ruhainies berkongsi sepotong video menerima sejambak bunga.
Hiburan

Batik Corak Venom Curi Perhatian Netizen! - "Bangganya Dengan Batik Malaysia"

gempak
17/10/2024
18:53 MYT
Hebat anak Malaysia! Batik Malaysia mendapat perhatian dunia apabila seorang pelukis tempatan, Arif Rafhan Othman, berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa dengan menggabungkan unsur tradisional dan moden.
Hiburan

Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!

gempak
16/10/2024
17:21 MYT
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.
Hiburan

Marshanda Dakwa Hidap Bipolar Sebab Tabiat Minum Kopi

gempak
16/10/2024
13:50 MYT
Penyanyi dan pelakon Marshanda mendakwa dirinya menghidap masalah gangguan kesihatan mental, Bipolar kerana suka minum kopi.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 7

gempak
16/10/2024
10:00 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 7 Secara Percuma? Memang best!
BorakSeeni