Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

All Stars Gegar Vaganza (GV10): Penangan Slide Atas Pentas, Kaki Nikki Palikat Lebam! - “Rasa Sakit, Tapi Redah Sahajalah”

Mya Amri
04/12/2023 02:25 MYT

Finalis All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Nikki Palikat mendedahkan terpaksa menahan sakit ketika membuat persembahan di konsert separuh akhir yang berlangsung malam tadi.

Menurut Nikki, dia mengalami kecederaan di kedua-dua bahagian lutut selepas melakukan aksi meluncur (slide) di atas pentas secara spontan sewaktu menyampaikan lagu rock kedua berjudul Pelesit Kota nyanyian asal oleh Search.

“Aksi itu secara spontan dan untuk lagu ini saya cuba nak buat perancangan dari segi persembahan tetapi bila dah namanya pun rock memang tak ada plan.

“Untuk mendapatkan mood, kena dengar lagu itu dan bersatu dengan muzik, kemudian buat sahaja secara spontan. 

“Yang slide atas pentas itu, sejujurnya masa sesi latihan penuh itu pun rasa nak buat dan saya tak rancang pun sebenarnya.

“Lepas buat, bila cek… Alamak terdapat lebam di bahagian kaki pula,” katanya ketika ditemui Gempak.

Nikki berkata demikian ketika ditemui selepas tamat konsert separuh akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad. 

Bagaimanapun kata Nikki, keadaan itu tidak mengganggu persembahannya, malah dia berasa lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik di konsert separuh akhir tersebut.

“Memang ada rasa sakit dari semalam tapi bila datang mood rock tu ditambah pula dengan gitar solo tu, terus jiwa yang nak slide tu muncul.

“Tak kisahlah lebam atau apa, kita redah sahaja. Jadi memang saya buat luncuran itu sekali lagi untuk konsert ini. 

“Sebenarnya sakit ni sebab lebam, tapi tak memgapalah lagi pun persembahan kan kenalah beri yang terbaik,” ujarnya.

PILIHAN PEMBACA: All Stars Gegar Vaganza: Ramli MS Komen Nikki Palikat Kurang Jiwa - "'Benda' Itu Nombor Satu"

Selain Pelesit Kota, Nikki juga turut menyampaikan sebuah lagi lagu berjudul Gemuruh nyanyian asal oleh Wings dan Search.

Untuk minggu separuh akhir, Nikki telah menduduki tempat kedua dengan peratusan markah sebanyak 79.50% sekaligus melayakkan dirinya untuk ke final ASGV.

PILIHAN PEMBACA: All Stars Gegar Vaganza (GV10): Markah Penuh Konsert Separuh Akhir! Tomok Mendunia 80%, Namun Nana ...


BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Angkut Semua 8 Bintang Ke Axiata Arena, Jaga-Jaga Finalis Ada Tiga Tugasan!

Jangan lupa saksikan All Stars Gegar Vaganza 2023 live di YouTube Astro Gempak.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Konsert akhir All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad depan dan dibawakan secara ekslusif di Astro Ria (saluran 104).
 
Jangan lupa dapatkan tiket konsert akhir All Stars Gegar Vaganza di Ticket2u.com.my sekarang.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Seluar Skinny Harimau Tomok Jadi Perhatian Netizen, Tok Ram Kata - “Stylo...

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

#Sakit #Separuh Akhir #Lebam #Nikki Palikat #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #ASGV