Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

All Stars Gegar Vaganza: Jaclyn Victor Mohon Peminat Bertenang - “Bukan Saya Yang Beri Markah, Anggap Ini Rezeki,”

Mya Amri
11/12/2023 03:57 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza, Jaclyn Victor meminta semua pihak bertenang dan tidak mempertikaikan kemenangannya.

Menurut Jac, kemenangan yang diperolehi itu boleh dianggap sebagai satu rezeki buat dirinya.

“Saya minta maaf, saya sayangkan Liza Hanim dan juga mereka semua. Saya tak ada masalah dengan mereka tapi ini namanya pertandingan.

“Sumpah saya cakap bila berdiri dekat atas tu saya macam dah pasrah. Apa sahaja yang jadi malam ini saya berserah sahaja.

“Siapa sahaja yang menang malam ini saya pastinya akan gembira untuk mereka. Liza buat sangat sangat baik.

“Saya tidak tahu apa kriteria permakahan dan mungkin ini rezeki saya,” ujarnya.

Jaclyn berkata demikian ketika ditemui selepas tamat konsert akhir yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.

Dalam pada itu, Jaclyn juga meminta agar para peminat semua bertenang dan tidak membuat sebarang andaian negatif terhadap kemenangan mereka.

“Saya harap orang dapat melihat kita punya persahabatan adalah ikhlas sebab saya sangat sukakan Liza Hanim.

“Saya sangat respek dengannya dan saya tak rasa yang kita ini ada berkata buruk. Tak ada.

“Secara jujurnya kalau dia buat dengan sangat bagus, kamu semua sentiasa memberikqn sokongan antara satu sama lain.

“Saya harap peminat juga boleh bawa bertenang… Bukan saya yang memberikan markah dan saya berserah sahaja. Tapi saya sayang Liza dan semua bintang ASGV,” jelasnya.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: The Best Of The Best! Juara Milik Jaclyn Victor, Bawa Pulang RM200,000

Terdahulu, kemenangan Jaclyn telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat dan juga netizen sehingga menceruskan perbalahan di media sosial.

Perkara itu jugak menyebabkan dua nama iaitu Jaclyn Victor dan Liza Hanim menjadi trending di Platform X.

PILIHAN PEMBACA: All Stars Gegar Vaganza: Kenapa Hanya Umum Juara? Ini Ranking Semua Finalis! Hady Mirza Tempat Kedua Manakala Liza Hanim ...

Konsert akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad bersama Jihan Muse.

Konsert akhir All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

#Netizen #Jaclyn Victor #Final #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #ASGV