Gegar Vaganza All Star
All Stars Gegar Vaganza: Jiwa Tebal Leman, Britney Nordiana & Elvis Lima Ringgit Antara Yang Dapat Perhatian Juri
Konsert minggu kelapan All Stars Gegar Vaganza (GV10) sekali lagi menyaksikan tiada penyingkiran berlaku.
Masing-masing menarik nafas lega apabila berjaya menjejakkan kaki untuk mara ke minggu kesembilan minggu hadapan.
Bertemakan minggu ‘Funfair Tok Ram’, kali ini Aliff Aziz berjaya menduduki tangga pertama dengan peratusan markah sebanyak 78%.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh minggu kelapan All Stars Gegar Vaganza:
1. Aliff Aziz - Cik Mek Molek (78.00%)
Datuk Ramli MS: “Saya kenal kamu GV8, sebenarnya saya tertipu dengan kamu. Hari pertama saya dengar kamu rehersel kamu sebenarnya penyanyi leman, sebab jiwa tak boleh belajar, itu adalah god given. Feel itu semulajadi, kalau pandai macam mana pun tetap dengar fake, tapi kamu menyanyi ini natural.Jiwa dia tebal dengan leman. Dengan imej macam ni, lagu leman gerenti lah,”
2. Naqiu - Kuda Hitam (77.75%)
Hetty Koes Endang: “Naqiu tantangan yang berat ini lagu perempuan, tiba tiba kamu yang terpilih aduh nakal. Menurut bunda kamu sudah berusaha, bagus, semua kamu nyanyi ada karakter. Ada variasi ada silat, semuanya okay tapi satu je topi kamu besar. Usaha kamu itu yang saya salute. Bagus!
3. Tomok - Apa Dah Jadi (74.75%)
Hetty Koes Endang: “Lagu ini memang amat kuat dinyanyikan oleh penyanyi aslinya, kamu malam ini membuat juri penonton jatuh cinta. Dramanya ada, suaranya maintain, lawaknya ada, jadi menurut saya tak banyak nak disampaikan, bagus!”
4. Hady Mirza - Gila Judi (72.00%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Gabungan dua bintang dalam satu lagu, M Daud Kilau nama yang tiada tandingan, kita nampak dia sahaja, malam ini saya nampak awak cuba suntik M Daud Kilau dan Elvis, pada saya Elvis masuk ketika part 5 ringgit sahaja, kurang sangat masuk Elvis tu sebab the whole get up is Elvis. Kalau nak inject, lebihkan sikit Elvis, overall presentation saya suka, tapi nyanyian ada sedikit kurang. Saya sangat jujur, overal persembahan cantik,”
5. Jaclyn Victor - Hatinya Tak Tahan (67.00%)
Hetty Koes Endang: “Memang tak mudah, lagu ini lagu racun semua buat semua peserta, tapi itu perlu, jangan lagu yang aman sahaja, minggu ini adalah watak yang diperlukan, jangan keluar terlalu bnyak dari original, itu yang juri mahukan. Ini lagu jawa lihat pada penari semua sudah grant, tapi vokal powernya kurang keluar, percaya diri kamu sudah okay, keyakinannya sudah ada, tetapi suara tetap itu yang kita nilaikan,”
6. Azharina - Ya Maulai (66.00%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Saya rasa tak perlu banding awak dengan penyanyi asal, awak ada keistimewaan tersendiri. Hari ini saya nampak kesungguhan dan percubaan yang dilakukan dapat. Tentunya ada kontemporari elemen, tak salah nak buat cuma ada lenggok Melayu, ada bunyi R&B sikit tapi tak apa kita faham. Tak biasa nyanyi memang susah tapi awak cuba sedaya upaya. Nampak kemanisannya,”
Datuk Ramli MS: “Saya kata lihat daripada sesi latihan pada hari Jumaat, hari ini paling terbaik,”
7. Siti Nordiana - Baby One More Time (62.75%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Saya rasa ni persembahan yang paling dinantikan. Diction awak not bad, tapi awak nyanyi macam baik sangat. Saya rasa keseluruhan is fine, cuma kenakalan itu tak ada. Nana masih belum keluar dari karakter Nana. Awak kena jadi Britney Nordiana. Nana kena cari alter ego, kena keluar dari Siti Nordiana bila nyanyi lagu yang berbeza. Overall saya hargai hard work, diction, style awak, saya hargai sangat,”
8. Liza Hanim - Ayam (62.50%)
Datuk Ramli MS: “Intro okay, satu bnda yang kamu create adalah teater, saya okay semua yang kamu buat tapi saya menunggu air lagu itu dengan sebutan jadi sinikal dan kelakar, jiwa kelakar yang selamba itu tak ada, you can do what ever you want saya terima, it’s good karakter, yang belakang tu patutnya awak funfair je. Awak bawak ke satu tahap tinggi itu bagus, saya appreciate apa yang awak buat,”
Datuk Syafinaz Selamat: “Awak nyanyi nada rendah ada time pass ada time rendah, kita faham. Macam tengok muzikal teater, saya suka, cuma kalau buat muzikal awak boleh ambil kesempatan untuk berlawak. Saya hargai kreativiti awak. Overall a beautiful singing,”
9. Noryn Aziz - Kerana Pengalaman (57.00%)
Hetty Koes Endang: “Baju sudah india, okay, natural sayang. Yang pertama tadi kamu force, ini aslinya lagu india tapi diubah, dari segi dangdut hanya di depannya sahaja bunyinya struggle. Ingat, lirik lagu bukan sedih, lirik lagu dengan mimik muka tidak serasi,”
10. Nikki Palikat - Semakin Rindu Semakin Asyik (56.50%)
Datuk Ramli MS: “Untuk saya, asas jiwa perkara lain sebab kamu kena belajar jiwa lagu macam ini, tapi asas melodi itu compulsary, this is okay cuma saya nak cakap asas penyanyi tak boleh sumbang. Asas sumbang di haramkan. It’s a good try,”
Datuk Syafinaz Selamat: “Saya risau sebab awak cuba jadi orang lain bila nyanyi lagu ni, sebab bila saya tutup mata saya tak tahu awak yang nyanyi lagu ini, baju designer kena ambil kira, bila baju ketat lung tak boleh expend. Next time jangan ketat sangat,”
BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Nikki Palikat Terselamat, Minggu ‘Funfair Tok Ram’ Tiada Penyingkiran!
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
Must-Watch Video