All Stars Gegar Vaganza: Kak Lina Undur Diri, Ini Respons Nabil Ahmad
Asyikin Mayudin
11/10/2023 06:55 MYT
11/10/2023 06:55 MYT
Pengacara Nabil Ahmad mengakui dia juga berasa sedih apabila dimaklumkan mengenai keputusan rakan setugasnya iaitu Elly Mazlein mengundur diri daripada mengacarakan All Stars Gegar Vaganza.
Nabil berkata dia bagaimanapun menghormati keputusan Elly atau mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom yang ingin menarik diri atas sebab peribadi.
“Ikutkan memang agak sedih la apabila dimaklumkan kak Lina tarik diri. Saya difahamkan kak Lina tarik diri pun atas sebab peribadi.
"Tapi apa sebab peribadi itu, saya sendiri pun tak tahu. Agak sedih bila tahu sebab yela tahun lalu kami sama-sama hos dan tahun ini baru tiga minggu bekerjasama,” katanya ketika dihubungi Gempak.
"Tapi apa sebab peribadi itu, saya sendiri pun tak tahu. Agak sedih bila tahu sebab yela tahun lalu kami sama-sama hos dan tahun ini baru tiga minggu bekerjasama,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Pada Rabu, stesen televisyen Astro dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, keputusan Kak Lina tidak lagi bersama keluarga besar Gegar Vaganza adalah disebabkan hal peribadi.
Dalam kenyataan sama, Kak Lina turut mengemukakan permohonan maaf kerana tidak dapat meneruskan tugasnya mengacara All Stars Gegar Vaganza di samping Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
All Stars Gegar Vaganza akan terus dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta barisan juri profesional dan bintang-bintang yang bertanding.
Teruskan sokongan anda terhadap artis-artis yang terlibat dalam All Stars Gegar Vaganza.