Laman Utama

All Stars Gegar Vaganza: Kejutan! Cliff Umar & Suki Tersingkir Di Minggu Kedua All Stars Gegar Vaganza

gempak
Izwan Isa
01/10/2023
16:44 MYT
Sponsor Banner
All Stars Gegar Vaganza: Kejutan! Cliff Umar & Suki Tersingkir Di Minggu Kedua All Stars Gegar Vaganza
Cliff Umar dan Suki Low diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada Konsert minggu kedua All Stars Gegar Vaganza (GV10).
Menyanyikan lagu Tak Ingin Usai dan Laskar Cinta masing-masing menduduki tempat terakhir dengan markah 56.25% dan 53.25%.
Minggu ini juga menyaksikan Hady Mirza berjaya menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 79%.
Berikut merupakan recap minggu kedua GV10:
1. Hady Mirza - How Am I Supposed To Live Without You (79%)
Datuk Syafinaz Selamat - Look forward to this song, one of my favourite. You memang tak mengecewakan. Minggu ni jauh berbeza daripada minggu lepas. Minggu ni nyanyi dari dalam berbanding mencuba so hard minggu lepas. Saya rasa you nyanyi tu untuk saya. Persembahan ini one of my favourites.
Hetty Koes Endang - Mic untuk peserta jangan terlalu dekat. Dia bagus mic ada jarak.
2. Jaclyn Victor - Sepi Sekuntum Mawar Merah (75.50%)
Datuk Ramli MS - Dari peserta nombor satu hingga tiga, saya suka semangat bertanding yang peserta tonjolkan. Mereka memberikan persembahan all out, cacat cela sikit tak mengapa, guna cara mereka menyanyi sendiri pun tak mengapa. Malam ni KPI mantain. sebab dorang sangat perform.
3. Azharina - Ayah (74.50%)
Hetty Koes Endang - Memang menyanyi untuk diri kita sendiri itu sangat mudah. Tetapi menyanyi untuk para penonton, juri sampai di lubuk hati tak mudah, tapi itu berhasil. Ada dua lirik yang flat, hati-hati, mungkin sebab emosi, overall good luck.
4. Liza Hanim - Setelah Aku Kau Miliki ( 73%)
Hetty Koes Endang - Kalau ikutkan, penampilan pertama peserta selalu kelihatan nervous di atas pentas. Tapi alhamdulillah, apa yang saya sampaikan minggu kelmarin, nampak kamu ambil maklum. Malam ini bagus.
5. Datuk Aishah - Flashdance What A Feeling (69.50%)
Datuk Syafinaz Selamat - Saya tak mahu compare dengan peserta lain, saya nak compare persembahan Kak Aishah dengan persembahan minggu lepas. Saya tak tahu apa berlaku last week, this week so much better. Saya enjoyed this performance. For you now, the change of size (tubuh) stamina dah jadi different. The reason why last week begitu sebab Kak Aishah tak guna your body enough, you relied on your throat. Kalau ada minggu depan, boleh show me your low range. Sebab you ada nada rendah yang cantik. Buat masa ni peserta semua persembahkan nada tinggi sahaja, tapi ada lebih lagi pada nada rendah.
6. Noryn Aziz - Akhirnya Kini Pasti (69.25%)
Datuk Syafinaz Selamat - Saya suka this is different! Tapi perlu really alert dengan intonation, lagu ni banyak attack, kena follow dengan musician. Bukan senang nak buat sesuatu yang kita dapat dalam beberapa hari je. Good job. Kena work on technical issue, pentatonic skill.
7. Nikki Palikat - Bersama Akhirnya (68.50%)
Hetty Koes Endang - Saya ingat semua peserta akan santai, tapi tidak, masing-masing dah memberi. Fighting spirit harus ada. Nikki, kekuatan kamu pada nada tinggi, tapi nada rendah perlu hati-hati. Pengucapan sebutan ‘A’ kena perhatikan dan nada rendah perlu dilatih lagi.
8. Naqiu - Setahun Sudah Berlalu (66.75%)
Datuk Ramli MS - The whole song scripted story telling singing. Awak lupa part menyanyi, sama macam Tomok. Saya tiada isu benda macam ni, nampak too serious. Sebagai penyanyi, merdu perlu ada.
Syafinaz - Bila kita marah masa menyanyi kita ada level. Saya rasa, awak buat terlalu over. Kena control sikit. Kena pilih level sesuai supaya lagu tu sampai. Hati-hati dengan permainan emosi. Kena sesuai dengan lirik.
9. Siti Nordiana - Sepi (66.50%)
Hetty Koes Endang - Kalau menurut saya, kamu peserta pintar dan cerdik. Lagu dipilih sesuai dengan warna vokal. Jadi terus keluarkan senjata kamu. Jaga kesihatan, perjalanan masih panjang.
10. Ayai Illusi - Bunga Pujaan (66.25%)
11. Tomok - Malam (65.75%)
Datuk Ramli MS - Yang last sekali tu mahal. Ada dekat korus awak tak nyanyi. Awak sepatutnya nyanyi dekat malam tu. Spirit awak tu saya faham, awak bertanding, tapi perlu ada seni.
Hetty Koes Endang - Dinamika dalam persembahan itu harus, tapi kamu emosi berlebih. Tak perlu lari sana lari sini tak perlu.
Datuk Ramli MS - Lagu ni simple, yang penting awak buat tak lebih tak kurang. Sama macam Zamani. Bila orang dah kurang, lagi mencabar. Ayai, good luck!
12. Zamani - Sambutlah Kasih (65.50%)
Datuk Ramli MS - Kamu masih berada dalam liga kamu sendiri. Week 2, the way kamu execute this song, ia menghiburkan. Sekaramg memang kamu raja. Tapi bila dah lapan orang, time tu berbeza. Kena pilih lagu yang sesuai. Good luck to you.
13. Aliff Aziz - Sampai Mati (65.25%)
Datuk Syafinaz Selamat - Apa yang bagus, awak ada great tone, great manly voice. Ni plus point awak. Bila awak ada suara bulat, nice to hear. Awak ada rupa dan karisma atas stage. Cuma malam ni banyak flat notes. Bridge awak ok, kecuali last note lari pitch sikit. Pilihan lagu satu, awak perlu comfortable bila nyanyi. Jangan fikir insecurities awak masa nyanyi, fikir penonton.
14. Ezad Lazim - Potret (60.50%)
Hetty Koes Endang - Saya lebih suka dari minggu kelmarin, Ezadnya keluar. Lagu ini bukan genre kamu, tak mudah. Susunan muzik bagus. Pesaingan kamu ketat, kamu perlu fokus. Ini pertandingan, bukan show. Malam ini sukses.
15. Suki - Tak Ingin Usai (56.25%)
Hetty Koes Endang - Lagu ini sebetulnya sesuai dengan warna vokal kamu, tapi ada racunnya. Head voice boleh guna, tapi tak gunakan pada korusnya.
16. Cliff Umar - Laskar Cinta (53.25%)
Datuk Syafinaz Selamat - You memang underdog, memang orang tak sangka you menang. You gave the last fight GV7. Because of that you won. So keep fighting. Untuk lagu ni ada banyak isu. Saya tak pasti, awak ada intonasi isu, kurang dengar mungkin? Tapi tak apa, kita minta bantuan, as penyanyi kena minta banyak bantuan. A lot flat, saya rasa key tinggi sangat untuk awak, kalau rendahkan semi-tone baru boleh berkarya. Awak kena warnakan sikit bahagian korus.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein. Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104). Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak. Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024