,
Laman Utama

All Stars Gegar Vaganza: “Matilah Aku Punya Reputasi…” - Aishah Akui Hadapi ‘Masalah’ Ketika Nyanyi Lagu Jac

Izwan Isa
02/10/2023
07:50 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza (GV10) Datuk Aishah mendedahkan masih belum seratus peratus ‘pulih’ daripada persembahan minggu pertama yang menuntut beliau mendendangkan lagu Gemilang.
Aishah berkata, prestasi minggu kedua bertambah baik disebabkan pengurangan masalah teknikal yang berjaya diselesaikan selepas perbincangan dengan kru dan juga pemuzik yang terlibat.
“Belum 100 peratus… Alhamdulillah, petang tadi (semalam) dapat sort out saya punya in-ear monitor. Jadi masalah teknikal dah sangat berkurangan.
“Saya sangat risau sebenarnya dengan masalah itu, sebab tak boleh menyanyi. Rasa macam nak angkat tangan surrender. Akak tak boleh buat dik, kalau menyanyi macam ni.
“Matilah aku punya reputasi. Sebab kita dengar lain (in-ear monitor), dengar dekat video.. Ya Allah!” kongsi Aishah kepada Gempak.
Dalam pada itu, Aishah menjelaskan yang lagu Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor itu berada dalam range vokalnya.
“Sebenarnya lagu itu berada dalam range saya. Mungkin kerana masalah teknikal… memang lagu itu mencabar cuma nasib tak menyebelahi saya. Jadi, saya tidak dapat buat yang terbaik,” katanya lagi.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dan diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
BACA: GV10: “I Didn’t Do Well At All…” - Aishah​
BACA: GV10: Ini Rupanya Yang Berlaku! Aishah Kongsi Jadual Di GV Dari Isnin Hingga Ahad! Memang Tak Sangka…​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

gempak
02/09/2024
08:32 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menzahirkan rasa syukur apabila masih dipanjangkan usia walaupun mendakwa dirinya berkali-kali pernah menjadi mangsa sihir.
Hiburan

Aishah Sifatkan Jay Jay Disenangi Ramai – “Setiap Kali Kami Jumpa, Arwah Akan Cakap ‘Hi Sedara’…”

gempak
05/08/2024
04:55 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menyifatkan Allahyarham penyanyi legenda Jay Jay adalah seorang yang disenangi ramai.
Hiburan

Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

gempak
18/07/2024
07:02 MYT
Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah berhadapan dengan gangguan mistik sepanjang kariernya selama lebih empat dekad dalam arena seni.
Hiburan

Aishah Sempoi Hiburkan Geng Sangkut Traffic Jammed Depan Rumah! - "Tambah Sesak Sebab Dapat Konsert Free"

gempak
14/04/2024
15:26 MYT
Juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Datuk Aishah menghiburkan pemandu kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya di hadapan kediaman keluarganya baru-baru ini
Gegar Vaganza All Star

Isu Lagu Kisah Hati, Datin Alyah Dah Tutup Buku - “Segala Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah”

gempak
12/12/2023
02:55 MYT
Datin Alyah dah tutup buku.
BorakSeeni