Konsert minggu separuh akhir All Stars Gegar Vaganza (GV10) menyaksikan tiada bintang yang tersingkir.
Menyampaikan medley antara dua lagu bergenre rock, keseluruhan bintang nampaknya berjaya menambat hati juri untuk mara ke minggu akhir All Stars Gegar Vaganza (GV10).
Sementara itu, Tomok berjaya mendapat kedudukan pertama untuk minggu ini dengan peratusan markah sebanyak 80.00%.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh minggu kesepuluh All Stars Gegar Vaganza:
1. Tomok - C.I.N.T.A & Bahalol (80.00%)
Datuk Ramli MS: Stylo eh! Lagu no 2 tu saya suka. Tapi kaki tu, kaki silang tu. Kasut salah. Tapi you punya watak sepanjang 11 minggu saya tak nampak watak ni, lagu pertama pun ok, everything is ok...
Datuk Syafinaz Selamat: Persembahan tomok harini memang well-coordinated. So untuk saya persembahan malam ni sangat baik.
2. Nikki Palikat - Pelesit Kota & Gemuruh (79.50%)
Datuk Ramli MS: I think you beruntung ada manager Jeff, sebab dia sangat kreatif, bukan senang nak buat pakaian mcm ni. You are very hardworking. That's tentang visual. Range kamu sangat besar, you ada rendah, you ada tinggi, tapi ada satu benda yang dekat atas. Jiwa kena ada dekat atas. kalau you ada jiwa, dan visual macam ni, why not u be no. 1?
Naqiu - Memori Sekuntum Rindu & It’s My Life (72.50%)
Hetty Koes Endang: Memang kamu ini salah satu peserta yang siap apa sahaja. Disuruh ini, disuruh itu, kamu siap. Kreativiti bagus. Kamu faham apa yang juri inginkan.
4. Hady Mirza - Tragedi Oktober & Opera Hidup (70.75%)
Hetty Koes Endang: Dari 16 peserta menjadi 8 peserta, bunda perhatikan kamu salah seorang peserta yang mampu control tone pada saat tinggi, dua lagu yg kamu nyanyikan sangat memerlukan energy, Hady menurut bunda kamu… Super, excellent, GEPREK!
5.Jaclyn Victor - Taman Rashidah Utama & Mistikus Cinta (69.00%)
Datuk Syafinaz Selamat: Ok Jac, lagu ni range dia besar betul eh? Lagu yg sangat sukar, dari aspek vokal Jac memang selalu on. Tapi pada saya, saya rasa untuk mencapai final ada harapan. You ni macam contohnya kalau you sebagai makanan asas tu sedap, tapi dari segi presentationnya kurang. I wish u all the best.
6. Liza Hanim - Jangan Khianati Aku & Paku (67.75%)
Hetty Koes Endang: Seluruh peserta yg masuk semi final semuanya juara, menurut bunda, teknik vokal tidak diragukan lagi. Dari nada tinggi kamu harus bisa. Tapi kemerduan harus diperhatikan. Jadi ingat kenapa juri minta nada rendah kerana kemerduannya. Lagu paku ada dua lirik yang out. Tapi kesemuanya JUARA!
7. Azharina - What's Up & Livin' On A Prayer (65.25%)
Datuk Syafinaz Selamat: Jangan beri yang biasa-biasa sebab Azharina lebih besar daripada yang biasa. Ada masa di atas, ada masa di bawah itu biasa. Let's talk about this performance, satunya yang berlaku di atas pentas menunjukkan Azharina sebagai fighter. saya rasa persembahan ini sangat-sangat powerful.
8. Siti Nordiana - Sudah ku tahu & Hampa Hatimu (61.50%)
Datuk Syafinaz Selamat: Untuk malam ini saya sukakan idea, dari aspek nyanyian, nada-nada tinggi well- supported, masuk lagu kedua , the energy is there, lepastu ada rap pula tu, lebih agresif. Masuk dangdut manja, tetapi hati-hati masa dangdut, melodi ada off, overall it's a very promising performance.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
Tengok Gegar Vaganza 2023 LIVE di Youtube Astro Gempak.
Muhammad Firdaus
Mon Dec 04 2023
Ryan Gosling & Emily Blunt Boleh “Kerat Jari” Filem The Fall *Guy* MELETUP! | Eat, Movie, Repeat [Interview]
Ryan Gosling dan Emily Blunt menceritakan kenapa penonton wajib tengok The Fall Guy yang memberi spotlight kepada crew disebalik takbir dan para stuntmen!
#EatMovieRepeat
#GempakJunket
#GempakMostWanted
#TheFallGuy
#EatMovieRepeat
#GempakJunket
#GempakMostWanted
#TheFallGuy
“I’m Sorry” - Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak Mohon Maaf Pada Bella Astillah
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz akhirnya bersuara tentang kontroversi rumah tangga yang berlaku antara dirinya dan Bella Astillah.
Genting Highlands Jadi Tuan Rumah Festival Audiovisual Sunset By Neon
Genting Highlands Premium Outlet (GHPO) akan menganjurkan festival muzik tekno minimum pertama pada 4 dan 5 Mei ini.
Bekas Suami Katy Perry, Russell Brand Tukar Agama Lepas Dituduh Perkosa Wanita
Pelakon dan pelawak Russell Brand mengumumkan telah menukar kepercayaan agamanya daripada Buddha kepada Kristian.
Erma Fatima Mohon Maaf Guris Hati Orang Singapura Tapi Tetap Pendirian Terhadap Sarah Yasmine
Erma Fatima mohon maaf.
Ramai Nak Kurus Cepat, Ubat Diabetes Ozempic Terpaksa Dicatu?
Selain pembedahan bariatrik atau potong usus yang dilakukan dalam usaha menurunkan berat badan, salah satu cara lain yang cukup popular saat ini adalah pengambilan ozempic. Oleh sebab itu, menerusi satu notis yang diterterakan di sebuah hospital, ubat tersebut didapati mengalami kekurangan stok sehingga dicatu oleh pihak pembekal. "Harap maklum
Lawak Atau Koyak S2 | Kecik panggil Joe Flizzow Pakcik Botak?
Kecik nampak macam goyang je nak interview dengan Joe Flizzow . Cuak la tu nak goyangkan Mr President .Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#LawakAtauKoyak
“Kalau In The Future I Dengan Aliff Berbaik..” - Sarah Yasmine Sentiasa Sokong Bella Astillah
Kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine mendedahkan bahawa dia akan sentiasa memberi sokongan kepada isteri dan adik ipar Aliff Aziz, Bella dan Didi Astillah.
Buat Spotcheck Waktu Staf Masuk Kerja, Majikan Ini Dikritik Netizen - "Kalau Kau Nak Pekerja Awal, Pastikan..."
Peribahasa Melayu pernah menyebut, masa itu emas yang membawa maksud masa itu sangat berharga dan janganlah dipersia-siakan. Itulah yang dapat dilihat menerusi satu entri di media sosial baru-baru ini di mana seorang majikan membuat pemeriksaan terhadap waktu masuk kerja pekerja-pekerjanya. Menerusi video terbabit, majikan itu difahamkan meluahka
Awek cun buat report | YES TUAN EP 7
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak