Gegar Vaganza All Star
All Stars Gegar Vaganza: “Rehearsal Much Better, Kenapa Dengan Awak?” - Datuk Ramli MS Komen Aliff Aziz Banyak Error
“Banyak error!” begitulah komen juri All Stars Gegar Vaganza (ASGV) Datuk Ramli MS terhadap Aliff Aziz.
Ramli memberikan komen tersebut selepas Aliff selesai menyampaikan lagu Cindai dan Gambus Jodoh di konsert suku akhir ASGV pada Ahad.
Ulas Ramli lagi, nyanyian Aliff serba tidak kena dan nyanyiannya pada sesi latihan lebih baik berbanding hari ini.
“Banyak error, banyak melodi yang tak sampai, sama juga dengan lagu Cindai, jadi melepet, banyak nafas, apa jadi dengan awak hari ini?
“Rasa macam banyak error, awak okay? Reherseal much much better. Okay Aliff thank you very much,” komenya.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video