Bintang All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Liza Hanim mengakui dilabel sebagai bakal juara program berkenaan yang diberikan oleh netizen memberi sedikit tekanan buat dirinya sebelum ini.
Bagaimanapun kata Liza, dia tidak mahu memikirkan tentang perkara itu dan hanya memberikan persembahan terbaik bagi setiap tugasan di konsert mingguan ASGV.
Advertisement
"Pada awalnya memang ada rasa sedikit beban yang berat perlu dipikul ditambah dengan jangkaan orang ramai.
"Namun saya pilih untuk tolak semua benda itu dan fokus pada cara untuk bertahan setiap minggu kerana setiap peserta ASGV hebat serta miliki peluang sama untuk bergelar juara,” katanya.
Liza berkata demikian ketika ditemui selepas konsert kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Liza berkata setiap peserta layak untuk diberi gelaran juara kerana memiliki kehebatan dan keunikan tersendiri.
"Semua hebat, ada identiti dan kekuatan mereka sendiri, jadi kami semua sedang melalui fasa survival. Kami hanya beri yang terbaik setiap minggu.
“Tolak ke tepi dahulu dakwaan akan bergelar juara atau perkara lain, hal yang penting sekarang ini ialah cuba sebaik-baiknya," jelasnya.
Terdahulu, Liza telah menduduki tangga pertama ASGV dengan peratusan tertinggi selama dua minggu berturut-turut.
BACA: All Stars Gegar Vaganza: Zamani Tersingkir! - "Kalau Saya Ada Buat Apa-Apa Harap Halal Saja"
BACA: All Stars Gegar Vaganza: Semakin Tegas! Pernafasan, Stamina Dan Lagu Leman Antara Komen Hangat Juri
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.