Pelakon, Syafi Tee mengakui masih belum melupakan detik manis ketika menjadi tetamu undangan untuk membuat persembahan bintang All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Siti Nordiana di konsert suku akhir minggu lalu.

Syafi menyatakan perara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya yang turut disertan dengan video pendek.

Video tersebut merakamkan momen dirinya bersama Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana ketika sesi latihan sehinggalah persembahan sebenar berlangsung.

A post shared by Syafitee (@syafitee)

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah keserasian antara Syafi dan Nana membuatkan ramai menyukai pasangan ini.

Maka tidak hairanlah ada yang menjodohkan mereka selain berharap Syafi dan Nana dapat disatukan dalam satu drama yang sama.

Antara komen yang diterima:

“Dia macam ni, nak move on kena kahwin hahah. Tak in real life dalam drama pun okay haha,”

“Lain macam lagu tu adakah anda sedang dilamun cinta,”

“Tak boleh move on lagi ek, kena selalu ada gandingan berdua la kalau gitu, sesuai sangat,”

Terdahulu, Syafi dan Nana membuat persembahan di pentas suku akhir ASGV dengan menyampaikan lagu hindustan berjudul Mehdi Laga Ke Rakhna minggu lalu.

PILIHAN PEMBACA: All Stars Gegar Vaganza RECAP: Juri Particular Bab Tempo & Feeling, Tarian 'Plastik' Naqiu, Nafas 'Angsa' Azharina Antara Fokus Minggu-10!

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Terlalu Banyak Error Antara Punca Aliff Aziz Gagal Mara Ke Separuh Akhir


Jangan lupa saksikan All Stars Gegar Vaganza 2023 live di YouTube Astro Gempak.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Jangan lupa dapatkan tiket konsert akhir All Stars Gegar Vaganza di Ticket2u.com.my sekarang.

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.