Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

All Together Now Musim Kedua Bakal Menampilkan Peserta Termuda Berusia 11 Tahun

Syafiqah Jalal
08/12/2022 05:38 MYT
Program nyanyian All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2) bakal kembali tidak lama lagi dengan 50 juri yang baharu dan lama serta peserta yang terdiri daripada kepelbagaian latar belakang.

Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata program realiti ini telah memupuk kebersamaan di kalangan rakyat yang majmuk dalam menyokong peserta-peserta yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang tatkala negara menghadapi saat-saat sukar akibat pandemik.

“Bagi musim kedua ini bakat-bakat yang bertanding sekali lagi menyerlahkan aspek kepelbagaian. Ada yang menyertai sebagai solo, duo atau kumpulan dan para peserta yang ada menunjukkan ‘diversity within our multicultural society’ yang merupakan elemen penting yang kami mahu tonjolkan

“Antaranya adalah peserta termuda musim ini, Yaadana seorang kanak-kanak berbangsa India yang berusia 11 tahun. Dia telah memukau juri dengan menyanyikan lagu Ziana Zain.

“Manakala Melissa, seorang ‘part time’ guru vokal bangkit semula selepas enam bulan dijangkiti Covid-19. Dirinya terlantar di hospital selama dua minggu apabila berada di tahap lima ketika itu dan hampir ditidurkan. Pastinya kini dirinya mahu bangkit semula untuk ‘ATNMY 2’ bagi merealisasikan minatnya dalam bidang nyanyian,” katanya.

Dalam masa yang sama Norzeha turut menzahirkan harapan yang tinggi buat musim kedua program yang sudah pun selesai rakamannya tiga bulan lalu.

“Kami berharap musim kedua terus membuahkan hasil yang sama untuk para peserta.

“Walaupun dirakam ketika negara berada pada tahap akhir pelaksanaan PKP, pihak produksi Astro berjaya membawa pembaharuan dalam mempertingkatkan nilai produksi musim terbaharu ini. Tahniah diucapkan kepada mereka.

“Kami amat berharap musim kedua ini mampu meneruskan sukses yang dikecapi pada musim pertama. Malah kami mahu memperkembangkan segmen penonton kami ke semua vernakular kerana ATNM2 merupakan hiburan yang bersesuaian dengan cita rasa rakyat Malaysia,”ujarnya.

ATNM2 mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.

Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu.

Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ATNM2.

Saksikan All Together Now Malaysia 2 yang bersiaran secara eksklusif bermula 11 Disember ini setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

#Peserta #Kecil #Budak #All Together Now Malaysia #ATNM2
;