Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Allah Bagi Rasa Nikmat Jadi Ibu Sebentar”- Elizad Keguguran

Syafiqah Jalal 09/11/2020 | 02:30 MYT
Pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin mendedahkan dia sempat merasai nikmat menjadi ibu sebelum alami keguguran.
Menurut Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Sharifuddin, 36, kandungannya tidak kuat dan berlaku pendarahan.
“Allah bagi rasa nikmat jadi Ibu tu minggu lepas tapi Dia ambil balik. Terjentik sungguh “rasa “ itu.
“Dimaklumkan hamil minggu lepas. Masyaallah dia punya gembira tu tak tau nak kata, sebab dah lama menanti.
"Tapi kandungan tak kuat dan bleeding. Tak tau nak gambarkan perasan macam mana . Terduduk seketika,” katanya.
Elizad berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya.
Penyampai radio Sinar itu difahamkan hamil selepas menjalani sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
Pun begitu, Elizad tetap bersangka baik dan tidak akan pernah berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata.
Elizad dijadualkan untuk menjalani rawatan IVF seterusnya pada Januari 2021.
“Tak mengapa, Insya-Allah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying.
“See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my IVF journey,” beritahunya.
Elizad menjalani sesi IVF pada 21 Oktober lalu di sebuah hospital swatsa.
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.

Allah bagi rasa nikmat jadi IBU tu minggu lepas . Tapi DIA ambil balik . Terjentik sungguh “ RASA “ itu . ? Dimaklumkan pregnant minggu lepas . Masyaallah dia punya happy tak tau nak kata , sbb dah lama menanti , tapi kandungan x kuat & bleeding . Tak tau nak gambarkan perasan mcm mana . ? Terduduk seketika . Tak mengapa, Inshaallah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying. See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my ivf journey. P/s : Now nak makan macam2 setelah beberapa hari “ merajuk hati “ . Ada sesiapa nak belanja makan2 ? ? #elizadivfjourney #sakitnyatuhdisini #moveon #staypositive #trustinAllahplan #vroomvroom

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on

#Hamil #Elizad #Keguguran #Hamil #IVF
;