Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Allah Beri Nikmat Yang Besar Dalam Hidup Saya,” - Sebak Bapa Dapat Jadi Wali, Anak Syukur Ismahalil Dibebaskan

Mya Amri
18/07/2023 03:56 MYT
Anak sulung kepada bekas penyampai radio, Ismahalil iaitu Saidatul Nadiah, 27, mengucapkan rasa syukur apabila bapanya dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dadah.

Menurut Saidatul Nadiah, pembebasan bapanya itu merupakan hadiah dan nikmat terbesar buat dirinya sebagai seorang anak.

“Selepas ayah dibebaskan… Saya sangat bersyukur, memang Allah beri satu nikmat yang besar dalam hidup saya.

“Saya bakal berkahwin dalam masa tiga bulan jadi saya tak dapat bayangkan… Hadiah sangat bermakna bagi saya, semua perlukan ayah saya,” katanya ketika ditemui Gempak.

BACA: “Alhamdulillah, Saya Dapat Jadi Wali…” - Ismahalil Sebak Masih Diberi Peluang Lihat Majlis Perkahwinan Anak

BACA: Bebas Tuduhan Edar Dadah, Ismahalil Menangis, Sujud Syukur Dalam Mahkamah!

Sementara itu Ismahalil berkata dia akan berkongsi pengalamannya sepanjang berada dalam penjara tidak lama lagi.

"Bagi saya sedikit masa lagi dan saya akan kongsikan kepada semua tentang apa yang saya lalui dalam penjara itu," ujarnya.

Untuk rekod, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Ismahalil, 50, didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju pukul 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.

#Anak #Mahkamah #Bebas #Ismahalil
;