Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Allah Dah 'Menjentik' Pun Masih Tak Rasa!" - Iesya Toh Kesal Sikap Segelintir Masyarakat Pandang Ringan Isu COVID-19

Asraf Aided 02/07/2020 | 00:00 MYT
Pengacara Iesya Toh berkongsi berita mengenai kemungkinan Amerika Syarikat mencatatkan 100,000 kes COVID-19 setiap hari.
Iesya juga percaya, kawalan kendiri yang lemah di kalangan masyarakat mampu menyumbang kepada peningkatan tersebut.
Menurut Iesya, masyarakat Malaysia haruslah sentiasa berwaspada mematuhi SOP, dan bukan berhasrat untuk mengadakan majlis besar-besaran dengan jumlah tetamu yang ramai.
"Kita sepatutnya patuh dengan SOP! Ni sibuk nak majlis besar-besar, nak jemput satu kampung datang" tulis Iesya di Instagram.
Tambah Iesya, meskipun Tuhan telah mendatangkan ujian dengan wabak COVID-19, namun masih ramai yang belum serik dan menginsafi perkara itu.
"Lepas tu excited nak tengok movie dekat wayang, nak berparti, nak clubbing, Allah dah 'menjentik' pun masih tak rasa lagi.
"Nak marah pula bila orang tegur, semua ini demi kebaikan bersama, COVID-19 bukan masalah taman, kampung, negeri...Ini masalah dunia," tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Iesya turut bersetuju dengan pendapatnya itu.
Ramai juga yang berkongsi pengalaman pernah melihat segelintir individu yang tidak menitik beratkan aspek pencegahan ketika berada di tempat awam.

Kite sepatunya patuh dgn SOP!! Ni sibuk nak Majlis besar2! Nak jemput Satu kampung datang.. Pastu excited nak tgk movie kt cinema! Nak berparti! Nak clubbing ???‍♀️ Allah dah ‘menjentik’ pun masih x rasa lagi . Nak marah pulak bile org tegur. ? semua ni demi kebaikkan bersama.. COVID19 Bukan masalah taman, kampung, negeri.. Ini MASALAH DUNIA. . DISPLIN DGN NEW NORM ????????

A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh) on

Apapun, pastikan anda sentiasa menjaga kesihatan, utamakan penjarakan sosial dan lakukan semua langkah yang mampu menghapuskan sepenuhnya wabak COVID-19 di Malaysia, kita belum menang!
#Pengacara #Iesya Toh
;