Laman Utama

“Allah Dekta... Kuatnya Awak Sayang, Rasa Nak Hug” - Ramai Sayu Tengok Anak Siti Sarah, Anzalna Menangis Waktu Shooting

gempak
Mya Amri
30/12/2021
14:08 MYT
Sponsor Banner
“Allah Dekta... Kuatnya Awak Sayang, Rasa Nak Hug” - Ramai Sayu Tengok Anak Siti Sarah, Anzalna Menangis Waktu Shooting
Sekuat mana pun kita, saat berdepan dengan anak kecil yang kehilangan ibu pasti gugur juga air mata dan itulah yang berlaku pada pelakon Anzalna Nasir.
Anzalna gagal menahan air mata dan menangis sebaik bersemuka dengan satu-satunya anak perempuan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Dzahira Talita Zahra, 8, ketika sesi penggambaran jenama tudung milik Sarah, Loveta.
Momen tersebut dapat disaksikan menerusi hantaran terbaharu Anzalna di akaun Instagram miliknya.
Video pendek di sebalik tabir penggambaran tersebut juga turut merakamkan ibu tiri Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi dan Talita mengalirkan air mata.
Menurut Anzalna, ketika ditawarkan untuk bekerjasama dengan jenama tudung itu, dia mengakui sukar untuk membuat keputusan dan kerap bertanya pendapat suaminya, Hanif Zaki.
“Alhamdulillah sejak bertudung banyak tawaran dari berbagai jenama tudung dari dalam dan luar negara tetapi @lovetahq menjadi pilihan Anzalna.
“Selain dari material/ design tudung yang mudah disarung Anzalna tertarik untuk menjadi sebahagian dari Loveta kerana ada permintaan terakhir dari arwah @sitisarahraissuddin iaitu meneruskan legasi Loveta dan dalam masa yang sama dapat menolong team Loveta mencari rezeki untuk keluarga.
“Masa team @lovetahq text dan tanya utk kerjasama ni Anzalna macam berbelah bahagi sebab tudung Loveta ni memang dh sinonim dengan nama arwah @sitisarahraissuddin . Banyak kali Anzalna tanya pendapat @hanif_zaki.
“Anyway, ini shoot yang sangat menyentuh hati. Kepada team Loveta, minta maaf sekiranya Anzalna tidak dapat memberikan yang terbaik sepanjang shooting disebabkan terlalu emotional. Anzalna sangat rindukan arwah. Al- fatihah buat arwah @lovetahq,” coretnya.
Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya juga sebak melihat Talita dan turut sama menangis.
“Baru tengok teaser pun saya emo... Apatah lagi Anzalna yang berdepan dengan Talitha,” komen @ mazlin_baharin
“Dektaaaaa… Nak hug diaaaaa,” tulis @elanabahri
“Tak boleh aku tengok Dekta... Auto menangis ni. Moga Allah limpahkan rezeki serta kasih sayang buat anak-anak arwah @sitisarahraissuddin... Moga mereka tabah hadapi ujian hidup tanpa ibu disisi…” coret @normala81anne
Sebelum ini, nama Anzalna merupakan antara yang disebut netizen selepas video teaser dikeluarkan beberapa hari lalu.
Untuk info, selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, jenama tudung tersebut terus disambung dan diuruskan oleh Siti Fatimah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live