Laman Utama

“Allah Lebih Menyayanginya” - Ibu Que Haidar Meninggal Dunia Disebabkan…

gempak
Hanafis Haris
06/03/2022
06:21 MYT
Sponsor Banner
“Allah Lebih Menyayanginya” - Ibu Que Haidar Meninggal Dunia Disebabkan…

Ibu kepada pelakon Que Haidar, Rahmah Hussein menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kira-kira jam 1.20 pagi tadi.

Difahamkan, pemergian Allahyarhamah kerana positif COVID-19.

Selain itu juga arwah ibu Que Haidar yang berusia 68 tahun turut mempunyai sakit kronik seperti kencing manis, masalah jantung dan darah tinggi.

Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, dia mengetahui mengenai keadaan arwah ibunya sekitar pagi semalam.

"Kakak hubungi saya untuk memaklumkan keadaan arwah ibu ketika itu.

“Arwah mak nazak dan mengadu sakit dada. Malah arwah ibu juga mengalami serangan jantung empat kali.

“Kali pertama, serangan itu terjadi di rumah adik saya di Pasir Gudang dan baki tiga kali serangan jantung itu di hospital,” katanya.

Jelasnya, sebaik mengetahui keadaan ibunya, dia terus pulang ke kampung seorang diri tanpa isteri dan anak.

“Malah abang saya sendiri sempat memaklumkan jantungnya kembali stabil. Tapi Allah lebih menyayanginya.

"Kami sempat luangkan masa bersama, bawanya keluar berjalan dan menikmati Asam Pedas kegemaran dia.

“Saya fikir nak balik bulan ini untuk curi masa bersamanya. Kebetulan saya ada kerja untuk mengarahkan telefilem sulung, Bahalol di Mersing, jadi alang-alang nak 'spend' masa lagi dengannya.

“Tapi kali ini, saya tak sempat meneruskan hasrat itu," katanya.

Tambah Que, isteri dan anak dalam perjalanan untuk bertemunya dan memberikan penghormatan terakhir kepada arwah ibu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Felda Taib Andak hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live