Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Allah Makbulkan Doa Awak Mima” – Comelnya! Emma Maembong Yang Kahwin, Aprena Manrose Paling Teruja

Mya Amri 21/02/2020 | 15:26 MYT
Pelakon, Aprena Manrose akui teruja sebaik sahaja mendapat berita mengenai perkahwinan aktres Emma Maembong.
Aprena berkongsi momen tersebut menerusi satu posting akaun Instagramnya.
Menurut Aprena, dia merupakan orang palig gembira dan bersyukur kerana doa Emma untuk mendirikan rumah tangga menjadi kenyataan.
Entri itu juga turut disertakan dengan foto yang merakamkan Aprena sedang tersenyum sambil memeluk Emma di majlis pernikahannya.
“Momen bila awak cakap nak kahwin, saya orang yang paling teruja, gembira dan sedih pada waktu yang sama (sedih kerana gembira).
“Allah makbulkan doa awak Mima. Alhamdulillah sekarang awak dah bergelar isteri kepada seseorang!
“Tahniah cinta! Kamu terlalu baik kerana selalu menjaga hati semua orang dan semoga yang baik-baik akan datang untuk kamu. Awak kelihatan sungguh cantik di hari bahagia awak!” tulisnya.

The moment you cakap nak kahwin, i orang yang paling excited, happy and sedih at the same time! (Sedih kerana gumbira) Allah makbulkan doa you Mima. Alhamdulillah now you're someone's wife! finally you find the right one! ❤️ congratulations love! Kamu terlalu baik kerana selalu menjaga hati semua orang, dan semoga yang baik-baik akan datang untuk kamu. By the way, You look so damn gorgeous on your big day! ? @emma_maembongofficial @shazli.a #EmmaxShazli Di tangkap oleh lelaki handsome ? @jaydeesm ?❤️

A post shared by WAN SYAHERA PUTRI APRENA (@mrsaprenamanrose) on

Terdahulu, dengan sekali lafaz, pelakon popular Emma Maembong sah bernikah dengan lelaki pilihan hatinya, Mohamad Shazli Azhar, pada Khamis (20 Februari 2019).
Majlis pernikahan Emma atau nama sebenarya Fatimah Rohani dan Syazli yang berlangsung di Dunia Melayu, Bukit Damansara itu dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan.
#Emma Maembong #Emma Maembong #Aprena Manrose
;