Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Allah Makbulkan Kata-Kata Saya ..” – Ibu Zahirah Macwilson Dedah Saat Berkenan Dengan Aiman Hakim Ridza

Zulaikha Yusof 21/02/2020 | 10:27 MYT
Ibu kepada aktres Zahirah Macwilson, Maslinda Yusoff, 46, mendedahkan dirinya terpikat dengan keperibadian aktor Aiman Hakim Ridza selepas menonton drama Girlfriend Aku Dari Neraka.
Kata Maslinda, sebelum Zahirah dan Aiman bercinta dia pernah menyuruh anak perempuannya untuk berlakon bersama namun telah ditolak.
“Mula-mula saya nampak Aiman dalam drama Girlfriend Aku Dari Neraka. Saya cakap dalam hati minatnya tengok Aiman ini.
“Saya bagi ‘hint’ dekat Zahirah. Saya cakap saya suka lelaki ini sebab nampak sikap dia yang merendah diri.
“Saya suruh Zahirah cuba untuk berlakon bersama-sama. Tapi Zahirah taknak.
“Lepas tu saya dapat tahu mereka berlakon bersama dan timbul detik cinta itu ketika drama Curi-Curi Cinta.
Alhamdulillah, masin mulut saya. Allah makbulkan kata-kata saya. Saya memang berkenan sangat dengan Aiman,” katanya kepada Gempak.
Tambah Maslinda, dia tidak dapat menggambarkan perasaan gembira selepas melihat puteri kesayangannya menamatkan zaman solo.
“Aiman seorang yang baik, saya nampak dia boleh jaga Zahirah dengan baik.
“Saya bangga lihat mereka boleh sampai hingga tahap menjadi suami isteri. Mereka sepadan justeru ditakdirkan untuk hidup bersama,” katanya lagi.
Zahirah dan Aiman berkahwin pada jam 9.00 malam semalam di Mercu Mustafa Kamal, Damansara.
BACA: Sekali Lafaz, Zahirah Macwilson Sah Jadi Isteri Aiman Hakim Ridza
Foto: CST Production
#Aiman Hakim Ridza #Zahirah Macwilson
;