BERITA
"Allah Really Loves Me, As He Blessed Me With ....." - Ucapan 'Sweet' Kaka Azraff Buat Suami Sempena Ulang Tahun Kelahiran
Penyanyi Kaka Azraff mengakui bersyukur apabila dikurniakan seorang suami yang sangat penyayang.
Menerusi entri di Instagram (IG), Kaka telah memuat naik foto bersama suaminya, Adam Azriff berserta ucapan ulang tahun kelahiran.
"Allah really loves me, as he blessed me with a husband like you.
"Semoga Allah panjangkan umur so that I can spend more years with you! Happy birthday sayang ku @helloadamazriff," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran Adam serta mendoakan kebahagiaan Kaka dan suaminya.
Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 di kediaman keluarganya di Klang, Selangor dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup.
Pasangan ini juga sebelum itu mengadakan majlis merisik secara tertutup pada 27 November 2018.
Must-Watch Video