Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Allah Sayang Pak Aq" - Ebit Lew Sayu Pakcik Alami Stroke Yang Viral Dibantu Di Kedah Meninggal Dunia

Badrul Hashim
31/05/2020 23:45 MYT
Ketika bantuan yang diberikan oleh Ustaz Ebit Lew kepada keluarga Allahyarham Pak Aq di Kedah, ianya menimbulkan isu yang besar apabila ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati, sehinggakan ianya menjadi viral.


Baca: Tinggal Di Rumah Yang Berbau & Kotor, Ebit Lew Nangis Tengok Kehidupan Pakcik Stroke Bersama Belasan Anak

Ketika itu juga dia berasa sangat kecewa kerana bantuan yang diberikan disalah ertikan oleh segelintir masyarakat sehinggakan beliau dipangil ke Cawangan Khas Bukit Aman untuk memberi kenyataan susulan aduan membabitkannya yang viral ketika itu.


Baca: Ebit Lew Sedih Bantuan Terpaksa Diberhentikan, "Duit Saya Sendiri Dah Lebih Sejuta & Jangan Tag Saya Lagi Kes Orang Susah

Namun Allah SWT memudahkan tugasnya dan Ustaz Ebit Lew kembali membantu mereka yang memerlukan bantuannya.

Semalam di Facebook miliknya, Ebit Lew berkongsi berita sedih tentang Pak Aq yang pernah dibantunya dulu dan yang menjadi viral sudah pergi mengadap Illahi.

"Sayu hati rasa. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Baru dapat berita Pak Aq Kedah meninggal dunia pagi ini. Banyak perkara sempat kami kongsikan bersama. Keinginan, hajatnya, dan doanya masa awal PKP hari tu.



"Ingin menyediakan tempat tinggal buat isteri dan anak cucunya yang baik dan selesa. Ingin hantar cucu ke tahfiz dan sekolah yang baik. Sayu masa dapat angkat Pak Aq bawa ke ambulans masa tu. Sempat pindah ke rumah baru," tulis Ebit Lew walaupun sebelum itu usaha beberapa pihak untuk meminta Allahyarham Pak Aq berpindah tidak berjaya.

Tulis Ustaz Ebit Lew lagi, perbualannya dengan arwah adalah melibatkann hal-hal mendidik anak cucu dengan Islam dan kebaikan.

"Pak Aq waktu sekejap kami bersama Pak Aq menjadi pelajaran kehidupan buat saya dan team. Terima kasih penduduk setempat dan ajk masjid, jkkk,dan semua yang membantu menguruskan pengkebumian Pak Aq hari ini. Allah sayang semua.



"Pak Aq orang baik. Semoga segala ujian dan kesusahan yang Pak Aq lalui menjadi asbab syurga untuk Pak Aq. Allah sayang Pak Aq. Semoga Allah ampuni dan cucuri rahmat ke atas jenazah beliau. Allah jagakan keluarganya, tulis Ustaz Ebit Lew lagi yang ternyata sayu dengan pemergian arwah Pak Aq.

Isu arwah Pak Aq pernah menjadi viral kerana dikatakan tidak mahu berpindah daripada tempat tinggalnya walaupun dengan pujukan dan bantuan penduduk kampung serta pihak zakat.

Al-Fatihah untuk arwah Pak Aq.

#Ustaz Ebit Lew #Pak Aq
;