Bapa kepada pendakwah bebas Da'i Syed, Syed Mohd Shaiful Jamalullail reda dengan kontroversi yang terpalit mengaitkan anaknya dengan dakwaan merogol seorang gadis baru-baru ini.

Jelas Syed Mohd Shaiful menerusi akaun Facebooknya, Seif Jamalullail pada Khamis, dia percaya Allah sedang menguji keluarganya.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya yakin Allah sedang menguji kami sekeluarga tidak melebihi daripada had kemampuan hambanya.

"Samada bersalah atau tidak, itulah adalah teguran dari Allah dan tanda sayangnya Allah. Tanggapinya dengan positif dan muhasabah diri.

"Saya reda apa yang berlaku, seperti yang pernah saya nyatakan sebelumnya, biarlah pihak yang berkuasa menjalankan siasatan dan menjatuhkan hukuman," katanya.

Dalam pada itu, Syed Mohd Shaiful meminta orang ramai agar menghentikan sindiran dan kecaman terhadap anak dan keluarganya berhubung kontroversi terbabit.

"Hentikanlah sindiran dan kecaman dan berandaian atas ujian ini. Setiap ujian itu datang secara tiba-tiba.

"Sesungguhnya setiap orang daripada kita ada anak atau keluarga dan sudah disediakan ujian dihadapannya dengan pelbagai rupa dan bentuk yang belum diketahuinya. Kita semua tidak sempurna. Hari ini kita nampak hebat dan mulia dimata manusia kerana aib kita belum terbongkar," tambahnya.

Doa Syed Mohd Shaiful buat anaknya semoga tabah menghadapi ujian dan sentiasa tenang walau berdepan apa juga situasi.

"Semoga Allah memberi ketenangan hati buat Iqmal dan kami sekeluarga, kerana ketenangan jiwa adalah raja segala kebahagian walau dimana saja posisi kita diletakkan.

"Saya sebagai seorang bapa mendoakan Iqmal tabah dalam menghadapi ujian ini dan jadikan Allah swt tempat pergantungan sepenuhnya. Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah menzalimi hambanya," ujarnya.



Terdahulu, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail tampil membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Twitter, @ainunnnajwa yang didakwa memfitnahnya merogol seorang gadis.

BACA: Dituduh Merogol, Da’i Syed Buat Laporan Polis Terhadap Pengguna Twitter @ainnunnnajwa!

BACA: Ayah Da'i Syed 'Bersuara' - "Kami Dah Letih Nak Hadap Isu Semacam Ini, Apatah Lagi Adik-Adiknya Masih Belajar..."

BACA: “Hubungan Saya & Ayah Keruh Sebab Dia Tak Setuju Saya Sertai Program Da’i, Tapi Saya…” – Da’i Syed