Balu arwah Abam, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, menerima kata-kata sokongan daripada pengikutnya selepas tersebar isu saman terhadap adik iparnya, Ali Puteh.

Sebelum ini, Ali mengakui mengeluarkan saman terhadap Hidayah selepas kakak iparnya itu mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.

BACA: Ali Puteh Balas Saman Bekas Kakak Ipar – Hidayah Mengaku Ambil Tabung, Jam Tangan & RM10,000 Dari Akaun Allahyarham Suami

BACA: "Apa Sahaja Yang Saya Buat Semua Demi Anak" - Isteri Abam Bocey Komen Isu Saman Ali Puteh

Walaupun Hidayah hanya berkongsi sepotong ayat yang diamalkan selepas solat Subuh namun ruangan komennya dipenuhi dengan doa daripada warganet.

Aamin..

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on


Rata-ratanya berharap agar Hidayah terus kuat menghadapi dugaan sehingga kebenaran terbongkar.



Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun dua bulan.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demam panas.