“Allah Tahu Niat Saya” - Dikecam Rakam ‘Member’ Macam Video Percutian, Hafiz Mahamad Tampil Bersuara!
Tindakan instafamous Hafiz Mahamad yang merakam proses pemergian rakan baiknya telah mengundang rasa tidak puas hati daripada sesetengah netizen.
Malah, ada diantara mereka menyifatkan rakaman yang dibuat itu seolah video percutian.
Enggan perkara tersebut disalah anggap, Hafiz kemudian tampil memberi sedikit penjelasan menerusi beberapa posting di Instagram Story.
Menurut Hafiz, hanya Allah saja yang tahu niat di hatinya ketika itu.
“Apapun pandangan kamu, bukan salah kamu. Itu cara kamu melihat saya.
“Ada yang melihat, ia dapat manfaat. Ada yang melihat dan nampak saya bukan-bukan saya terima semuanya.
“Saya tak mampu untuk kawal hati kamu,” katanya.
Tambahnya, dia juga hanya mahu menjadi penyeri pada keluarga sahabatnya.
“Allah tahu niat saya. Saya nak family ini anggap saya macam anak sendiri.
“Rezeki keluarga sahabat saya, lebih RM40,000 hari ini kita dapat beri pada keluarga arwah. Sedikit sebanyak bantu keluarga ini,” katanya.
Jelasnya, dia juga turut mengalirkan air mata ketika solat jenazah.
“Saya menggigil, saya menangis ketika solat. Saya tak boleh kawal suara dan diri saya sebab apa, di depan itu adalah sahabat saya sendiri.
“Tak henti mulut dan hati berdoa untuk dia,” katanya.
Apapun salam takziah kepada sahabat Hafiz, arwah Loh atau Wan Mohd Abdullah Wan Mohd Noor.