,
Hiburan

"Allah Temukan Kami Selepas Sedekad Lebih" - Alif Satar & Raihan Lancar Lagu Damba CintaMu... Neelofa Pun Ada!

Hanafis Haris
27/04/2020
01:30 MYT
Jika tahun lalu, kolaborasi Alif Satar bersama kumpulan nasyid legenda Raihan mencetuskan fenomena menerusi lagu Sesungguhnya 2019.
Namun, tahun ini mereka sekali lagi bergabung untuk sebuah lagu berjudul Damba CintaMu.
Malah, video muzik lagu berkenaan telah pun dimuat naik tengah malam semalam di YouTube Alif Satar.
Menerusi saluran YouTube tersebut, Alif turut menjelaskan lagu tersebut merupakan lagu yang selalu didengarnya semasa kecil.
"Saya juga selalu berharap satu hari nanti berpeluang menyanyi lagu ini dengan Raihan.
"Alhamdulillah Allah temukan kami selepas sedekad lebih. Lagu ini memberi makna yang cukup mendalam buat saya," katanya.
Selain itu juga, apa yang menarik tentang muzik video Damba CintaMu ini adalah ia turut menampilkan pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa.
Aksi Neelofa yang merintih berdoa ternyata membuatkan ramai tersentuh.
Malah, ramai warga maya memuji pemilihan Neelofa sebagai subjek utama dalam muzik video tersebut.
Untuk rekod, Damba CintaMu dicipta oleh Abu Bakar (anggota Raihan) pada tahun 1997.
Lagu ini menceritakan tentang pengakuan secara terus terang kita sebagai hamba kepada Tuhan yang Esa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tiada Yang Baru, Saya Pernah Menjadi Mangsa…” - Aziz Harun

gempak
21/11/2024
03:25 MYT
Menganggap bukan perkara yang baru, penyanyi Aziz Harun sekali lagi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai dirinya di laman sosial.
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Hiburan

Foto Disunting Jadi Mata Lebam & Tangan Bergari, Alif Satar Harap Netizen Tak Mudah Terpedaya - “Kita Berada Di Zaman Fitnah”

gempak
14/11/2024
04:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Alif Satar meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pihak yang menyunting gambarnya untuk tujuan menyebarkan berita palsu mengenai dirinya di laman sosial.
Hiburan

“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah

gempak
21/10/2024
21:55 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tugas pembayaran bil serta perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Unitar