,
Hiburan

“Allahu Jodoh!” – Eina Azman Kongsi Gambar Umrah, Lelaki Kacak Ini Jadi Tumpuan Para Gadis

Azwa Rahman
28/11/2019
07:06 MYT
Pelakon Datin Eina Azman mencuri tumpuan wargamaya apabila berkongsi sekeping foto dirinya yang kini sedang menunaikan ibadah umrah di Makkah.
Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 24, berkongsi dua foto membeli sejadah di Instagram (IG) miliknya.
“Sejadah murah murah saja,” tulis Eina sebagai kapsyen.
Namun, apa yang menarik perhatian wargamaya terutamanya para gadis adalah seorang lelaki kacak yang secara tidak sengaja tunafoto di dalam foto Eina.
Sedang Eina sibuk membelek sejadah yang dipilih, mata lelaki kacak tersebut tepat memandang kearah kamera dan membuatkan para gadis tak tentu arah.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata gadis terpaku dengan wajah kacak lelaki tersebut dan ramai yang meminta Eina untuk menyampaikan salam kepadanya.
“Semua mata terfokus kat gambar nombor 2,” komen seorang wargamaya.
“Yang belakang tu serius tengok kamera,” ujar seorang wargamaya.
“Kirim Salam lelaki yang belakang tu,” pinta seorang wargamaya.
“Jodoh saya ke yang belakang tu? Gambar nombor 2,” tanya seorang wargamaya.
“Datin mashallah elok yang belakang tu hahaha,” usik seorang wargamaya.
“Bakal imam, gambar nombor 2 yang belakang,” kata seorang wargamaya.
“Gambar nombor dua yang blakang tu mata tajam nak tembus telefon ni,” komen seorang wargamaya lagi.
Menyedari ramai gadis yang membanjiri ruangan komen, Eina sempat berseloroh dengan membalas emoji gementar.
Minggu lalu, Eina dan suami Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pergi menunaikan umrah di Makkah bersama ahli keluarga mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

gempak
07/09/2024
12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.
Hiburan

Pempengaruh Kongsi Video Makan Sushi Sewaktu Berpantang, Netizen Tegur - “Badan Nak Pakai Lama Dik..”

gempak
06/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Eynanan menerima teguran daripada netizen susulan memuat naik video menjamah sushi sewaktu tempoh berpantang di TikTok, baru-baru ini.