Pengacara popular Fara Fauzana berkongsi pengalaman melihat laluan jenazah ketika sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.

Cerita Fara, situasi itu dapat dilihat sendiri di hadapan matanya selepas selesai menunaikan solat Isyak semalam.

"Allah maha adil, Allahuakhbar. Semalam ketika Saya selesai bersaie untuk ibadah umrah di bahagian atas lalu terlintas untuk sembahyang Isyak di kawasan dataran sahaja.

"Bila saya turun kebawah, entah laluan mana saya ikut dan membawa saya kepada kawasan yang agak ramai orang menunggu di depannya.

"Then my mind like "mesti ada sesuatu kat sini kalau tidak mereka takkan tunggu ramai2" (sebab usually people akan berpusu-pusu di bahagian depan kaabah).

"I decided to sembahyang Isyak bersama yang lain dsitu. Selesai je solat Isyak lalu palang dibuka maka kaum lelaki didepan saya meluru kedalam seperti mahu merebut sesuatu.

"Rupanya itulah laluan jenazah yang bakal disembahyang oleh ribuan atau mungkin jutaan umat Islam pada satu-satu masa ..

"Allahuakhbar. Inilah pengalaman pertama saya melihat jenazah lalu didepan mata ketika di tanah suci.

"Saya juga mahu mati disini. Moga Allah mendengar doa kita semua. Ameen," tulisnya menerusi Instagram.

M A T I D S I N I . Seronok mendengar cerita @faizalfbi76 dpt mengusung jenazah sehingga ke tanah perkuburan ketika di Madinah. As a friend mesti saya happy tp ada sedikit cemburu sebb dia dpt merasai pengalaman itu (fyi only man can experience that) andai ada yg bertanya apa kelebihan mengusung jenazah ketika di tanah haram boleh check balik video LIVE UPDATE kami di FB @dbilique . Allah maha adil, Allahuakhbar. semalam ketika Saya selesai bersaie utk ibadah umrah di bahagian atas lalu terlintas utk smbhyg isyak dikawasan dataran sahaja. Bila saya turun kebawah, Entah laluan mana saya ikut dan membawa saya kepada kawasan yg agk ramai orang menunggu didepannya.. then my mind like "mesti ada sesuatu kat sini kalau tdk mereka takkan tunggu ramai2" (sbb usually ppl akan berpusu2 di bhg depan kaabah). I decided to smbhyg isyak bersama yg lain dsitu. selesai je solat Isyak lalu palang dibuka maka kaum lelaki didepan saya meluru kedalam spt mahu merebut sesuatu... . Rupanya itulah laluan jenazah yg bakal disembahyang oleh ribuan atau mungkin jutaan umat Islam pada satu2 masa .. Allahuakhbar. Inilah pengalaman pertama saya melihat jenazah lalu didepan mata ketika di tanah suci . TQ @persadaglobalholidays . Nota : saya juga mahu mati disini. Moga Allah mendengar doa kita semua. Ameen . #farafauzana #bilafafautravel #bilafafaubermusafir #bilafafaubekerja . #DbiliqueXpgh #persadaglobalholidays #destinasidbiliqueumrah #umrahfamilycombo

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on


Sebelum itu, Fara diceritakan sahabat karibnya, Faizal Ismail yang dapat mengusung jenazah hingga ke tanah perkuburan ketika di Madinah.

"Seronok mendengar cerita @faizalfbi76 dapat mengusung jenazah sehingga ke tanah perkuburan ketika di Madinah.

"As a friend mesti saya happy tapi ada sedikit cemburu sebb dia dpt merasai pengalaman itu (fyi only man can experience that)," tambahnya.

Fara bersama beberapa kenalan rapat termasuk Tinie Ariffin telah berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah sejak akhir Mac lalu.