"Allahuakbar Rasa Macam Dia Ada Lagi" - IG Siti Sarah 'Hidup' Balik, Kongsi Video Masak Sambal Jawa
Amri Hassan
18/08/2021 10:44 MYT
18/08/2021 10:44 MYT
Pengendali Instagram Allahyarhamah Siti Sarah menegaskan akaun terbabit tidak akan dipadamkan.
Jelas pengendali terbabit menerusi hantaran terkini, akaun itu akan terus digunakan untuk anak-anaknya selain mempromosikan perniagaan yang diusahakan arwah.
"Assalamualaikum semua peminat dan kawan-kawan arwah Sarah. Kami dari pihak Shuib Sepahtu dah seluruh keluarga ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kasih sayang yang diberikan kepada arwah sehingga ke hari ini. Sedar tak sedar, lebih seminggu arwah dah pergi meninggalkan kita.
"Kasih sayang yang disemai arwah akan terus diabadikan menerusi akaun IG ini dan selepas ni, akaun ini akan digunakan untuk anak-anak serta promosi perniagaan yang diusahakan oleh arwah," jelas pengendali akaun itu.
Dalam pada itu, kongsinya, masih ada beberapa rakaman video masakan arwah yang belum dimuat naik di media sosial.
"Sebelum arwah pergi, arwah sempat merakamkan beberapa video masakan terakhir 'my style' yang memang digemari oleh ramai pengikut. Untuk pengetahuan semua, arwah memang gigih merakam dan keluarkan idea masakan semuanya untuk peminat yang disayanginya.
"Jadi, sebagai tanda terima kasih, kami akan kongsikan video-video tersebut khas untuk peminat yang selama ini menyokong. Terus sama-sama doakan dan sedekahkan al-Fatihah kepada arwah," tambahnya.
Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia 9 Ogos lalu selepas tiga hadir ditidurkan dan bertarung nyawa melawan virus COVID-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.