Isu pembayaran kepada pemain teater Korupsi Dewan Semandung masih belum surut, malah menjadi lebih panas apabila ada orang luar yang turut campur tangan.

Perkara itu diperjelaskan oleh pengarah teater tersebut, Khir Rahman apabila ada pihak yang menuduhnya mengecam Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy.


Baca: [ "Saya Telah Kena Blocked. Ya Begitulah Tajuknya, Yang Tidak Lari" - Ogy Ahmad Daud Sekat Khir Rahman Di Instagram ]


Baca: [ "Bercerita Buruk Manusia Bukan Amalan Saya Tapi..." - Khir Rahman Desak Kak Ogy Lunas Baki Bayaran Teater Korupsi Dewan Semandung! ]


Baca: [ "Saya Tak Lari, Bila Ada Duit Nanti Saya Bayar" - Ogy Ahmad Daud Akui Sedang Usaha Cari Dana ]


Baca: [ "Kalau Tak Lari Kenapa Block Kami Di Instagram kak Ogy...?" - Vicha Terkilan ]

"Allahuakbar. Selesai terawih saya diduga dengan berita ini (text yang di dalam gambar). Sesedar saya, kami langsung tidak mengecam.

"Saya selak balik apa yang saya tulis di Twitter, langsung tidak ada yang bersifat mengecam. Ianya lebih kepada bercerita, memberi pencerahan ke atas apa yg berlaku, agar kami tidak dituduh sebagai mendesak tanpa asas.

Tulis Khir, mereka hanya menuntut janji terhadap bayaran yang sepatutnya telah diselesaikan pada 16 Mac lepas, yang dimungkiri sendiri oleh Kak Ogy.



"Apapun segala ini berlaku setelah Kak Ogy mendedahkan hal ini terlebih dahulu melalui portal MSTAR.

"Takpalah sekiranya menuntut hak sendiri dituduh kecam. Teruskanlah tuduhan itu. Namun kami tidak akan berhenti berusaha untuk mendapatkannya demi kelangsungan hidup dan maruah," tulis Khir.

Tambah Khir, sejak dari berita dan isu ini tersebar, mereka masih belum menerima sebarang pembayaran dan Kak Ogy masih membisu dalam group WhatsApp.

"Namun beliau ada text secara personal kepada beberapa orang sahaja yang mana katanya, beliau akan mengirim surat melalui pihak peguamnya bahawa pembayaran akan dibuat terhadap beberapa orang itu sebelum raya.

"Saya dan ramai lagi masih belum menerima apa-apa berita Saya bersyukur kami terus bersatu, dari saya hinggalah kepada tukang paku set.

"Sekian dulu. Saya juga tak suka bising-bising. Sejarah karier saya belum pernah saya buat kecoh. Ralat sungguh," keluh Khir.



Tambah Khir lagi, dia juga ada menghantar voice note peribadi kepada Kak Ogy dan menyatakan untuk membantu apa yang boleh demi memperbaiki maruah beliau, tetapi tidak dijawab sehingga kini.

Khir turut menambah bahawa mungkin Kak Ogy menujukan pada mana-mana pihak yang didakwanya sebagai 'mengecam'.