Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Allahyarham Firdaus Othman Pernah Simpan Hajat Untuk Buat Muzik Video 'Magis' Siti Nurhaliza

Izwan Isa
24/11/2023 12:55 MYT
Pereka artistik Firdaus Othman yang bertanggungjawab mereka set beberapa muzik video Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah menzahirkan hasrat untuk bekerjasama sekali lagi dengan penyanyi nombor satu negara itu untuk lagu Magis.

Hal tersebut dikongsikan oleh rakan Allahyarham menerusi platform X baru-baru ini.



“Daus punya impian tahun ni untuk buat video clip Magis untuk Siti Nurhaliza. Dia dah plan plan dah. Doakan Daus ya,” coret individu berkenaan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.02 pagi Jumaat di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Allahyarham meninggal dunia pada usia 32 tahun.

Sebelum itu, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 6 Oktober lalu selepas mengalami kemerosotan kesihatan selama sebulan.

Allahyarham kemudian menjalani pembedahan pada 8 Oktober setelah disahkan terkena jangkitan kuman pada otak.

Selain Siti, Allahyarham turut bertanggungjawab mereka set muzik video Peluang Kedua dendangan Nabila Razali.

BERITA TRENDING: Art Director Muzik Video Siti Nurhaliza Meninggal Dunia…​


#Siti Nurhaliza #Firdaus Othman