,
Viral

Allahyarham Humaira Repost Hantaran Tentang Kematian 4 Hari Sebelum Maut Kemalangan

Amri Hassan
08/09/2024
04:25 MYT
Seakan-akan memberikan petanda awal, Allahyarham Humaira yang maut akibat kemalangan di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, pada Sabtu ada mengulang siar video TikTok berkaitan kematian beberapa hari lalu.

BERITA TRENDING: Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

Humaira atau nama sebenarnya Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi, 20, mengulang siar hantaran tersebut sebelum dilaporkan terlibat dalam kemalangan nahas.
Hantaran berkenaan mengenai doa untuk meminta taubat sebelum meninggal dunia. Perkongsian lain adalah berkaitan pesanan untuk memadam foto-foto di media sosial jika seseorang itu meninggal dunia selain meminta agar aib si mati disimpan.
"Nanti waktu aku meninggal, boleh tak aku nak pinjam 5 minit dari kau. Tolong hapuskan gambar aku yang nampak aurat.
"Jangan ucap dan cerita perkara yang tiada kaitan, cukup ucap Innalillahiwainnailahirajiun.
"Bila datang melawat aku, jangan lupa sedekahkan al-fatihah dan surh 3 qul tau. Jangan nangis-nangis.
"Tolong simpan aib aku yang banyak itu dan jangan ghibahi aku.
"Doa pada Allah semoga kita dapat bertemu lagi di syurga nanti.
"Kita tak tahu siapa dulu yang pergi, jika aku banyak salah aku minta maaf zahir dan batin. Aku sayang kau," maklum hantaran berkenaan.
Terdahulu, penyanyi Reedzwann bersama mangsa difahamkan sedang dalam perjalanan dari Jelutong, Pulau Pinang menuju ke Puchong, Selangor.

BERITA TRENDING: Nidza Afham Pernah Repost Video Tentang Kematian - “Kadang-Kadang Allah Cabut Nyawa Kita …”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Tiga Maut, Enam Peserta Himpunan RXZ Cedera Kemalangan

gempak
16/09/2024
13:55 MYT
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 itu dilaporkan berlaku di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.