Skip to main content

Budaya Popular

Allan Bimbang Tidak Diterima di Malaysia - “Hari-Hari Hitung Berapa Tiket Sudah Dijual”

whatsapp-image-2024-10-05-at-11-29-03-am.jpeg

Allan Andersn, penyanyi program realiti X Factor Indonesia, mengakui bimbang bakatnya tidak dapat diterima oleh peminat seni di Malaysia.
 
Kerisauan itu bagaimanapun berjaya ditepis apabila dia berpeluang mempersembahkan An Evening With Allan Andersen In Kuala Lumpur di Liberal Latte, Bukit Damansara, yang bermula hari ini dan akan berakhir esok.

Sekurang-kurangnya, ia memberikan kesempatan terbaik untuk dirinya berkongsi bakat serta kecintaannya terhadap muzik.
 

 
“Sudah pasti akan ada yang cuba membandingkan cara nyanyian saya nanti. Jadi macam-macam persoalan timbul dalam fikiran saya,” katanya pada majlis An Evening With Allan Andersen pada Jumaat.
 
Bagaimanapun, jejaka kelahiran Tahuna, Sulawesi Utara yang berusia 33 tahun ini mengakui terkejut dengan sambutan dan penerimaan peminatnya di negara ini.
 

“Kali ini berbeza dengan di Indonesia. Saya tak pernah rasa setakut ini. Tapi di Malaysia, rasanya sangat berbeza,” kata Allan ringkas.

 
 

Must-Watch Video

Advertisement