,
Berita

“Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Memiliki Keperibadian Menawan” - Rossa Sebak

Fiza Kamarudin
23/05/2019
13:39 MYT
Penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa menyifatkan Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah seorang raja yang mementingkan kesederhanaan selain memiliki keperibadian yang menawan.
Datuk Seri Rossa atau Rossa sebak ketika berkongsi pengalamannya mengenali Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah jelas menterjemahkan betapa beliau benar-benar merasai kehilangan seorang raja yang berperibadi mulia.
Sepanjang mengenali Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, baginda disifatkan Rossa seorang raja yang mementingkan kesederhanaan selain memiliki personaliti yang menawan serta disenangi segenap lapisan rakyat.
Menurut Rossa, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah merupakan insan yang tidak pernah membandingkan darjat antara rakyat dan keluarga diraja.
"Tuanku melihat manusia itu adalah sama, walaupun saya rakyat Indonesia Tuanku tidak pernah membeza-bezakan kami," kata Rossa berkongsi pandangan mengenai Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah ketika dihubungi Astro AWANI dari Jakarta, Indonesia.
Dalam wawancara yang disiarkan secara langsung dalam program Buletin Khas AWANI yang dikendalikan Nazri Kahar dan Dzulfitri Yusuf, Rossa terlalu sebak ketika berkongsi momen-momen beliau dengan Almarhum.
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah mangkat pada jam 8.50 pagi Rabu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Jenazah baginda dimakamkan di Makam Diraja di Pekan, Pahang selepas solat Zohor hari ini (Khamis). Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 41, merupakan antara selebriti yang dianugerahkan darjah kebesaran oleh istana Pahang.
Penghibur yang sangat masyhur dengan lagu Tegar itu menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri pada 2018.
Pada 2013, penyanyi itu menerima darjah kebesaran pertama iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Sumber: Astro AWANI.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Istiadat Persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham Berlangsung Penuh Tradisi

gempak
26/08/2024
00:55 MYT
Istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan pada Ahad malam.
Berita

Tiga Negeri Ini Berjaya Catat Calon Paling Ramai Raih Keputusan STPM Cemerlang

gempak
24/07/2024
04:55 MYT
Negeri Johor, Sabah dan Pahang mencatatkan jumlah calon paling ramai memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023.
Viral

Didakwa Tiru Logo Elephant Army, Kieda Crepe Akui Kesilapan, Pulangkan Semula Duit Pembeli - “Aku Tak Pernah Berniaga Curi..”

gempak
23/07/2024
08:55 MYT
Pempengaruh Kieda Crepe tampil bersuara selepas kecoh isu plagiat rekaan logo kelab Ultras Pahang yang membabitkan perniagaan baju merchandisenya.
Viral

"Kami Balik Dulu, Nanti Datang Lagi" - Abang Farah Kartini Ziarah Kubur, Wajah Hiba Ibu Bikin Netizen Sebak

gempak
21/07/2024
01:50 MYT
Abang kepada mangsa bunuh Nur Farah Kartini, Mohd Farizza Azmi Abdullah tampil mengemaskini perkembangan terbaharunya menziarah pusara adiknya di Tanah Perkuburan Kampung Nyuir Manis, Pekan, Pahang pada Sabtu.
Viral

12 Perompak Serang Pekebun Di Raub, Curi Durian Musang King Bernilai RM3,000!

gempak
18/07/2024
05:20 MYT
Sekumpulan perompak bertindak agresif dengan memecah masuk sebuah kebun di Raub, Pahang dan mencuri sejumlah durian jenis Musang King bernilai RM3,000.