Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Almarhum Tunku Alif Ajar Saya Erti Hidup – Tunku Ali Redhauddin Muhriz

Ahmad Shah 22/01/2016 | 07:31 MYT

Tunku Besar Seri Menanti, YAM Tunku Ali Redhauddin Muhriz telah berkongsi luahan rasa baginda tentang Almarhum adinda bongsunya, Tunku Alif Hussein.

Luahan rasa bertajuk Lesson From My Brother itu ditulis Tunku Ali dan telah dikongsikan menerusi ruangan What You Think di Malay Mail Online pada pagi Jumaat.
Antara perkongsian menyentuh hati Tunku Ali ialah:
“Adik bongsu saya, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, dilahirkan pada 3 September 1984. Saya masih ingat ketika mendapat panggilan dari hospital ketika beliau dilahirkan. Papa dan Mama beritahu kepada saya Alif dilahirkan kekurangan ‘Vitamin K di otak’.
Saya tidak faham apa yang dimaksudkan tetapi masih ingat ketika diberitahu pembedahan perlu dijalankan ke atas Alif. Saya yang berusia tujuh tahun ketika itu telah diamanahkan untuk menerangkan kondisi Alif kepada yang lain-lain. Tetapi, saya tidak pasti sama ada saya telah menjalankan amanat tersebut dengan baik atau tidak...
Dari awal lagi Alif mengajar saya untuk lebih matang, mengawal situasi dan menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi sebagai jurucakap untuk keluarga ketika itu.Alif telah menjalani pelbagai prosedur yang saya sendiri tidak ingat berapa kali. Kami tinggal di hospital beberapa minggu untuk menemani Alif”.
Tulis baginda lagi, Almarhum Tunku Alif turut menyedarkannya tentang pentingnya ilmu pengetahuan. Baginda turut berkongsi tentang adindanya, Tunku Zain yang melihat ayahanda dan bonda mereka belajar tentang kondisi Tunku Alif untuk melihat adinda bongsunya itu sihat.
Tambah Tunku Ali, banyak perkara yang dipelajarinya ketika kehadiran Tunku Alif termasuk menghargai sekecil-kecil perkara, tanggungjawab, tidak berputus asa dan mencapai matlamat.
Lebih menyentuh perasaan apabila Tunku Ali berkongsi saat akhir sebelum almarhum menghembuskan nafas terakhir baginda.
“Pada hari terakhirnya, Alif bangun dalam keadaan separuh sedar ketika kami semua berada disisinya dan merenung wajah kami semua. Dia cuba bercakap dengan kami walaupun ada tiub dimulutnya. Dia tunggu hari ulangtahun kelahiran Papa berakhir dan seolah-olah ingin memberitahu...semuanya baik. Dia akhirnya mengucapkan selamat tinggal...
“Pemergian Alif mengingatkan saya betapa pentingnya keluarga dan betapa pentingnya untuk menghabiskan masa bersama mereka,” luah baginda.
Tunku Ali turut menulis:
“Alif, siapa saya sekarang adalah kerana kamu. Walaupun saya bukan pelajar yang bagus tetapi saya sekarang seorang yang lebih baik. Semuanya kerana kamu. Terima kasih kerana telah banyak mengajar saya selama ini.
“Selamat tinggal adikku. Semoga rohmu dicucuri rahmat. Kami merindui mu. Alfatihah.”
Untuk membaca dengan lebih lanjut, klik link ini.

#Kerabat Diraja #Tunku Ali Redhauddin Muhriz
;