Hiburan
“Almost Drop My Phone” - Sama! Rihanna Teruja Jumpa 'Kembar'
Penyanyi dan usahawan terkenal antarabangsa, Rihanna terkejut apabila menemui seorang kanak-kanak perempuan yang seiras wajahnya.
Menerusi laman sosial Instagram, dia berkongsi wajah ‘kembarnya’ itu yang turut mempunyai ‘attitude’ bergambar seperti dirinya.
“Almost drop my phone. How?” tanya Rihanna ringkas di ruangan kapsyen.
Dengan wajah yang saling menyerupai Rihanna sewaktu zaman kanak-kanak, budak perempuan tersebut dikenali sebagai Ala’a Skyy.
Dia yang juga merupakan seorang model kanak-kanak cukup teruja apabila wajahnya dikongsi oleh bintang kelahiran Barbados itu yang kini memiliki hampir 74 juta pengikut di Instagram.
“Thank you @badgalriri for posting my photo! I’ve always wanted to be a model,” tulisnya ringkas berterima kasih kepada Rihanna.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terkejut dan teruja dengan hantaran terbaru penyanyi itu.
Ramai yang memuji kecomelan dan kecantikan wajah kanak-kanak tersebut.
Tidak ketinggalan ada yang meminta Rihanna agar segera mengeluarkan single terbarunya kerana dia dilihat sudah lama menyepi daripada industri hiburan kerana memberi fokus terhadap jenama kosmetiknya, Fenty Beauty.
Awal tahun lalu, Forbes telah mengumumkan Rihanna sebagai penyanyi wanita dengan pendapatan tertinggi dengan nilai AS$600 juta (RM2.49 bilion), jauh mengatasi Beyonce dan Madonna.