Laman Utama

Almy Nadia Demam, Anak Sulung Ganti Jaga Adik-Adik

gempak
Zulaikha Yusof
19/08/2020
05:37 MYT
Sponsor Banner
Almy Nadia Demam, Anak Sulung Ganti Jaga Adik-Adik
Pelakon Datin Almy Nadia, 34, meluahkan rasa syukur selepas anak sulungnya, Nur Afrina Arianna sudah boleh diharapkan walaupun baru berumur lima tahun.
Menurut Almy, Afrina telah mengganti tempatnya untuk menjaga dirinya dan dua orang adik yang sama-sama tidak sihat.
"Nasib ada dia, bersyukur sangat! Walaupun umur lima tahun, dia ganti tempat mama dia jaga mama dengan adik-adik.
"Boleh diharap bila mama sakit demam, adik-adik sakit, dia lah yang jaga kami bila papa kerja. Sayang kakak," kongsinya di Instagram Stories.
Pemilik nama Almy Nadia Aminuddin Shah turut berkongsi rakaman video Afriana meletakkan koolfever di dahi selain sedang menyuap adiknya makan bubur.
Dalam pada itu, suami Almy iaitu aktor Datuk Fizz Fairuz turut kagum melihat sikap Afrina menjaga keluarga.
"Besar dah kakak, dah boleh jaga keluarga. Siap bagi ubat tau hahaha," tulisnya.
Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024