Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Almy Nadia Kongsi Detik Sebak Bersama Anak Sebelum Jalani Pembedahan

Asraf Aided
05/10/2020 11:30 MYT
Pelakon Datin Almy Nadia berkongsi sepotong video yang dirakam bersama anak-anaknya sebelum dia menjalani pembedahan batu karang baru-baru ini.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Intagram miliknya buat tatapan warganet.

Dalam video tersebut, Almy kelihatan menangis sambil memberi pesanan kepada anaknya untuk jaga diri sepanjang ketiadaannya di rumah.

"Jangan gaduh-gaduh, jaga tingkah laku, nak berak nak kencing cakap kuat-kuat ya," pesan Almy kepada anaknya.

Sementara di ruangan kapsyen, Almy tidak mahu menulis panjang kerana hanya mahu orang ramai memahami situasi dalam video tersebut.

"Pesanan seorang mama buat anak-anak. Ini kejadian Rabu lepas, 30 September 2020, tengok sahaja video ini, letak kapsyen panjang pun bukan orang nak baca," tulisnya.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Almy berasa sebak melihat video itu dan mendoakan kesembuhan yang cepat buatnya.

Ini kejadian rabu lps 30/9/20 Hampa tgk la ja video ni,boh caption panjang2 pun bukan hampa baca ???.. ok selamat ????

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial) on


Terdahulu, menerusi laporan Gempak pada 1 Oktober 2020, suami Almy, Datuk Fizz mengesahkan Almy akan menjalani pembedahan batu karang dalam hempedu (pada hari yang sama) selepas menderita penyakit itu selama sebulan.

Gempak mendoakan agar semua urusan Almy dan keluarga dipermudahkan, dan semoga cepat sembuh.



#Almy Nadia #pembedahan #Almy Nadia #Batu Karang
;