Alololo Comelnya! Kongsi Gambar Zaman Sekolah, Cabaran #Beforespmafterspm Trending!
Kongsi gambar ketika zaman menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)! Itu cabaran di media sosial yang menjadi trending sejak semalam.
Menerusi pemantau Gempak di Instagran dan Twitter, ramai yang tampil berkongsi gambar mereka ketika di bangku sekolah.
Apa yang menariknya lagi, cabaran #beforespmafterspm itu turut dimeriahkan oleh pelakon drama Projek: Anchor SPM.
Antara yang kelihatan termasuklah Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Nadir Nasar, Shasha Abedul dan Chubb-E.
Anda boleh lihat posting gambar comel mereka ketika zaman sekolah di bawah.
Selain barisan pelakon Projek: Anchor SPM, beberapa selebriti lain juga menyahut cabaran #beforespmafterspm.
Antaranya adalah Sharifah Amani, Hannah Delisha, Sweet Qismina, Elizabeth Tan dan ramai lagi.
Tidak ketinggalan, netizen pun banyak menyahut cabaran tersebut. Sporting!
Sementara itu, pada yang mahu melihat banyak lagi kisah zaman sekolah terutama ketika peperiksaan SPM, anda boleh layan drama premium terbitan Astro Originals, Projek: Anchor SPM.
Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.
Projek: Anchor SPM ditayangkan di saluran Astro Citra setiap Isnin, jam 9.00 malam.