Hiburan
Along Cham Kongsi Punca Terjadi Lafaz Cerai Taklik, Siap Gelar Isteri ‘Mak Lampir’ - “Semua Ibarat Drama Yang Ada Plot Twist”
Pelakon dan pelawak Along Cham mengesahkan bakal menfailkan lafaz cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang, Selangor dalam masa terdekat.
Along dan Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, memberitahu tindakan tersebut diambil selepas isterinya didakwa sudah melanggar tiga perkara yang dipersetujui sebelum ini pada tahun lalu.
Antara taklik yang dilanggar Afreena ialah tidak patuh dan membelakangkan suami.
"Ya, saya akan failkan dan pengesahan lafaz taklik terhadap isteri di Mahkamah Rendah Syariah Sepang sebab alamat rumah saya di bawah mukim Sepang.
"Memang mengejutkan semua dan semua ibarat drama yang ada 'plot twist'. Jadi, ini tindakan pertama saya lakukan selepas keluar dari 'madrasah' (penjara) semalam.
"Sebelum ke mahkamah untuk failkan pengesahan itu, saya perlu dapatkan beberapa dokumen penting seperti sijil nikah termasuk kad pengenalan saya yang masih dalam simpanan 'mak lampir' (Afreena).
"Dia langgar taklik itu beberapa bulan yang lalu iaitu pada tahun lepas. Buat masa sekarang saya tak boleh nak cerita panjang sebab semuanya masih belum selesai," katanya kepada Gempak di pekarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya, pada Selasa.
Along yang pada awalnya mahu menfailkan lafaz taklik di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur tidak berjaya apabila dia diarahkan untuk melakukannya Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
“Saya kena fail di Sepang sebab alamat rumah saya di daerah sana,” ujarnya.
Dalam masa sama, pelawak itu turut mendedahkan dia sepatutnya ingin menfailkan perkara tersebut pada 16 Disember lalu namun ia tidak terjadi apabila dka ditahan pihak polis akibat memiliki dadah pada 14 Disember lalu.
"Sepatutnya saya nak fail pada 16 Disember lalu tetapi malangnya saya ditahan pihak polis pada 14 Disember. Jadi, ini tindakan pertama saya lakukan selepas keluar dari 'madrasah' (penjara) semalam,” ujarnya.
Ditanya mengenai wujudnya orang ketiga menjadi punca masalah, Along tidak menafikan perkara tersebut.
“Saya sampai tahap sudah habis sayang rumah tangga saya. Saya juga sudah beri peluang dan mengejutkan dia tetap melanggar, saya tak sangka.
“Mengenai kecurangan isteri saya tak boleh buat huraian, tapi orang ketiga itu memang wujud. Cuma, ini bukan ke arah curang. Banyak kali dan macam-macam dia buat saya dekat belakang,” katanya.
Pada pagi Selasa, timbul dakwaan yang mengatakan Along bakal menfailkan lafaz cerai taklik terhadap isterinya iaitu Afreena Suhaimi.
Untuk info, Along mendirikan rumah tangga bersama Afreena pada 4 April tahun lalu selepas lapan tahun menduda.
Must-Watch Video